Preparation of Trip to Seoul, Korea | Summer 2018

I can't believe I am actually writing about this haha. Dah seminggu balik dari trip #CuzzieEscapeToSeoul kasi hashtag satu kaley hahaha. Three words to conclude, SEOUL WAS AWESOME. Rasa macam tak nak balik wehh! Tapi hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri wakakaka. Seperti yang dijanjikan, aku nak tulis pasal to-do-list for our trip recently walaupun dah berapa puluh blog cerita benda sama sebelum pergi sana, then baru cerita satu satu sebelum aku ingat2 lupa. On tak on? Tapi trip ni lebih kepada trip bajet, bukanlah bajet sangat tapi mampu. Ini bukan entry pasal 'Gadis ni travel ke Korea dengan hanya 1200 sahaja'. Pebenda lah kan. Fyi, semua benda dari booking flight tix, accomodation sampai habis aku yang settle sendiri, cousin aku tinggal bayar je haha.

1) Flight ticket. 
-Aku start survey tiket masa Air Asia Free Seats. Actually sebelum free seats lagi dah survey, tapi tak kena dengan bajet dan masa. Nak pergi time spring, tengah intern pulak masa tu. Lepas discuss dengan cousin aku pasal availability masing2, kitorang decide pergi 3 days after raya, 19-24 Jun 2018. Haa kau tak menyabar nak berjimba sangat kan? 
So kitorang grab je return flight, KUL-ICN-KUL dengan harga RM765 masa free seats October 2017. Kalau nak beli tix, better beli return terus sebab kalau beli asing nanti kena bayar tax 2 kali, dengan gst lagi (time tu ada gst).
Baggage aku beli few days before our flight, 20kg pastu bahagi 2 dengan cousin aku. Sorang limit 10 kg je, takyah nak bawak banyak macam nak pindah rumah. Jimat lah selagi mampu. Total include 20kg baggage, RM871.
Tapi masa nak drop baggage. kitorang terlebih 5 kg. Paham2 la perempuan kan haha. Nasib baik aku ada bawak hand carry bag, so lagi 5 kg tu masuk cabin je. Fuh. 

2) Accomodation
-Lepas dah beli tix, slow2 aku survey penginapan pulak. Banyak je tempat boleh menginap, hotel, guesthouse, airbnb, bergantung pada bajet memasing. Kitorang prefer guesthouse (GH) sebab sesuai dengan bajet. Baca mana2 experience orang pergi sana, ramai prefer duduk guesthouse. Maybe next trip aku consider duduk airbnb pulak ke heheh. Aku survey dekat Booking.com, tengok rating dan baca review orang yang pernah duduk situ. Kena take note dengan advantage and disadvantage setiap GH. Nak pilih guesthouse, depends on your preferences (eg. location, price, amenities etc). Aku prefer location sebab senang nak access dengan transportation. 
Lepas baca review, aku prefer duduk dekat Beewon Guesthouse. Kenapa? 

-Very accessible with subway station. Ada dua station, Anguk Station dan Jongno-3-ga Station. Jongno ni boleh transfer pergi line subway yang lain.
-Dekat gila dengan a few tourist attractions which is extra! Changdeokgung Palace dekat sangat tak sampai 100 m pun, Samcheongdong, Bukchon Hanok Village, Insadong, Gyeongbokgung Palace. Kitorang jalan kaki je pergi tempat2 ni. 
-Ada 3 convenience store area GH ni. Kedai wajib singgah lepas balik berjalan, GS25.

I booked this GH 6 months before my departure. Masa tu best deal jugaklah. 6 hari 5 malam dapat KRW183 000=RM681. Dekat Beewon dorang accept pay at counter je, meaning that dah check in baru kita bayar completely. Masa mula2 book tu murah sikit dari harga masa nak pergi. Disebabkan a week before kitorang pergi, Korea ada national election so currency sana tak stabil. Penting jugak sebelum pergi kena ambil tahu current issues tempat yang nak pegi.

3) Discover Korea Your Way 2018
Biasanya orang akan beli kad T-money masa dah sampai sana. T-money ni macam kad touch n go dekat Malaysia. Kitorang dapat T-money free je haha. Caranya, like page facebook Korea Tourism Organisation Malaysia, pergi website KTO, register Kaki Korea Club. Then, kena jawab survey and isi apa yang patut, then a code will be send to your email. Dah settle survey, pergi Korea Plaza dkt Menara Hap Seng,KL untuk redeem voucher Discover Korea Your Way 2018 voucher by showing the code. Kitorang dapat booklet voucher of DKYW 2018 and a t-money card. Yay dah save dekat situ!

4) Travel insurance
Bagi aku yang ni penting bila travel overseas, so far tak pernah lagi pergi oversea tak ada insurance. Maklumlah ni first time travel berdua, apa2 jadi nanti kita tak tahu kan. Untuk insurance yang berbaloi, aku ambik AXA Travel Insurance (VIP package) berharga RM39, beli seminggu sebelum depart. 

5) Pocket wifi
Mula2 kitorang decide nak roaming je internet pakai UMobile 1GB RM10 sehari. Wifi free bersepah lagi2 dekat subway station. Dekat GH pun provide wifi jugak. Tapi disebabkan kitorang heavy internet user, nak guna Google Maps, update dekat socmed, nak keep in touch buat video call dengan family dekat Malaysia, kitorang decide rent jugak pocket wifi. Lepas survey macam2 internet provider, aku decide untik sewa pocket wifi unlimited data dekat Roaming Man. Serius puas hati, keluar Seoul masa pergi Nami Island pun still ada coverage. Sewa dengan harga RM63.65 untuk 6 hari sebab ada promotion pay via CIMB Clicks, dapat discount 12%. Details on this link. Promotion ends 31/12/2018. 

6) Food, clothes, and other amenities
-Seoul, makanan halal memang mahal. Satu meal boleh cecah KRW10 000. Average KRW 8000 bersamaan RM26. Kitorang limitkan makan dekat luar sehari sekali je. Yang lain, semua bawak makanan dari Malaysia. Brahims is our bestfriend haha. First day lunch kitorang makan rendang terus rasa feeling beraya di perantauan gitoh haha. Serunding, kentang sira, biskut, mi sedap goreng, nestum, tuna spread, energy bar (sneakers) antara makanan yang kitorang bawa. Terlebih cukup sampai ada bawa balik haha.
-Electronic stuffs like travel adapter, extension (optional, aku bawa sebab tak cukup port), charger, usb cables
-Clothes bawalah bersesuaian dengan season, since kitorang pergi time awal summer, cuaca lebih kurang Malaysia je. Cuma first day je tengahari dah 22­°C pastu berangin. Start petang je dah 19°C. Rajin2 kan diri tengok weather forecast sebelum pergi. Aku rasa kalau korang still nak pegi time summer tapi tak nak panas dan sejuk sangat, elok pegi awal jun. Sebab bulan 8, mostly hari2 hujan je manjang.
-Tupperware (senang nak masuk microwave), sudu garpu, botol air (minum & istinjak sebab public toilet takde pili air), resealable bag, wet tissue, microfiber towel, ubat (minyak yuyi, salonpas, plaster) travel pack toiletries, powerbank and pillow neck.


7) Money
Untuk duit, aku tukar RM1900 seminggu sebelum pergi. Tu duit guesthouse (sebab kena bayar pakai Korean won) + shopping + transport +  emergency + food. Rate masa tu KRW1000=RM3.75. Frust jugak tak tukar awal2 sebab lepas PRU hari tu, 1000 won=RM3.62 je. Banyak beza kat situ. Nak tak nak kena lah tukar jugak. Aku tak rajin nak menapak ke Mid Valley sebab lepas balik dari presentation dekat Terengganu, aku busy pulun buat kuih raya pulak. So terpaksa tukar rate yang beza 3 sen dengan Mid Valley dekat area kat rumah aku. Aku tak tukar langsung USD. Bagi aku, 1200 ni dah cukup untuk aku yang bukan heavy shopper. Aku belikan jugak kawan aku album Blackpink dengan harga KRW 15400 dan 3CE Velvet Liptint harga KRW 15000 yang mana dua2 last minute order. In fact, ada lagi baki masa balik bolehlah masuk tabung haha. International withdrawal pun aku aktifkan jugak in case ada emergency. 

Lepas tukar rasa macam eh ni je aku dapat hahaha

So rasanya tu je kot preparation kitorang. Benda basic macam passport tu kena la ada ya. Will continue on my next post, insha Allah.


Comments

Popular posts from this blog

Backpacking in Penang 2016 | #4CrackheadsInPenang Day 1

Backpacking in Penang 2016 | #4CrackheadsInPenang Day 2

Backpacking in Penang 2016 | #4CrackheadsInPenang Day 3