Life update

*ambik bulu ayam, tiup habuk*
Ye, blog ni berhabuk sungguh. I ditched this space of mine because my life forced me to do so.
Sekarang ni aku tengah final exam. Tinggal satu paper lagi je, Philosophy of Management. Habis je paper Sensory Evaluation, aku rasa macam nak tidur untuk beberapa hari. Please wake me up on 20th May. Because I got last paper on that day and I'm now counting days to be back home. Padahal study week baru je balik sebab sambut puasa dengan family. Semester 6 ni paling banyak balik rumah kot haha. Dalam tempoh 4 tahun, ni first time rasanya dapat sambut 1st Ramadan dekat rumah. Wallahi that feeling :')

I honestly cannot wait to be at home again. Sebabnya, banyak sangat benda kena tempuh masa minggu2 terakhir sebelum habis semester. I am now currently working on my ongoing Final Year Project until December 2017. First time tak tidur 2 hari siapkan proposal writing utk fyp aku. Stress buat FYP, pasang lagu raya walaupun masa tu puasa belum start lagi. Exaggerated sangat kan? Haha. Itulah sape suruh buat kerja last minute, padan muka. Sila ambil pengajaran ya wahai diri sendiri. Masa presentation cuak jugak sbb ramai yang kena bash, ada yang siap kena tukar tajuk lagi. Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan aku.

Habis presentation, meronggeng dengan Ezza ke Sushi King kat bandor. Lepas tu bawa beliau pegi karaoke haha first time pergi karok dekat Ganu ni. Gaya macam dah habis siap thesis writing padahal baru nak start project.
Sushi is lyfe.

Time flies so fast. Ramadan, selain menahan lapar dan dahaga, bulan yang paling kena banyakkan ibadah, kuatkan semangat untuk cuba bangun malam dan jadikan amalan untuk hari2 yang akan datang. The fastest Ramadan I have ever felt. Walaupun setiap tahun bulan puasa rasa macam cepat sangat. Dan bila masa berlalu dengan cepat, aku sangat appreciate masa untuk diri sendiri, keluarga terutamanya dan kawan2. I learned a lot of things about giving a token of appreciation to people that I love. Kalau Dekat Ganu ni, ada beberapa orang yang sudi untuk bersama2 dengan aku dalam susah dan senang. Ada beberapa yang mahu melangkah bersama2 dengan aku untuk ke jalan-Nya. Selain roommate, walaupun dia tak baca blog ni, tapi dia adalah antara insan yang paling hebat. Kepada AB dan perempuan berperilaku seperti ibu, awak pun tak baca blog ni juga, (sebab tak ramai tahu aku ada blog unless silent reader or stalker maybe :P) aku pun mengagumi kalian dalam bertarbiyah menegakkan agama Islam.
Sisterhood, terima kasih juga untuk 2 tahun yang amazing walaupun tinggal aku dengan Ezza je yang meneruskan perjuangan berbaki 6 bulan lagi. Should spend my life here without regret anymore even though I'll back to the place I should be for good one fine day.

Mungkin sebab baru2 ni aku baru kehilangan kawan merangkap coursemate aku, Kak Mia. Ajal dan maut itu datang pada waktu yang kita sendiri tak sangka. Aku tak sangka kemalangan adalah pengakhiran buat dia yang sebenarnya menderita sakit. Sampai sekarang aku rasa menyesal sebab aku tak sempat nak tegur masa berselisih dengan Kak Mia beberapa hari sebelum dia accident. Pelik juga macam mana aku hanya berselisih saja, padahal sebelum ni kalau terserempak mesti lepak bergosip sekali. Sapa nak teman aku makan sama2 habis lab next sem nanti?

Rindunya arwah.

Lepas kejadian tu, aku selalu remind diri sendiri. Jumpa orang yang aku kenal dekat mana2, tolonglah tegur dulu. Tapi tulah, spesies aku ni jalan menonong tak pandang kiri kanan, memang patutlah ramai cakap aku ni hard to approach. Eh, tak kenal maka tak cinta oi!

Dah separuh tahun 2017, aku berjaya atasi mild depression dalam diri aku. Walaupun kadang2 rasa masih ada baki perasaan yang tak sepatutnya tapi cepat2 jauhkan dari fikiran tu. Depression is all about the way you think which it will give a big impact to your entire life. If negativity overwhelm your way of thinking, you'll be doomed. Therefore, what I want to highlight here is being a depressed person once was truly sucks. Treatment? I didn't get myself treated until I fully recovered :D. Semangat kena kuat, tahu?

Oh yes, so dah last paper syndrome pun melanda diri ni, aku decide untuk kuatkan semangat supaya tabah menempuh last paper nanti. Andddd I have coming up with many plans to do for my pre-preparation for this Raya! I can literally smell baked goods in kitchen at my home. CAN'T WAIT!



Comments

Popular posts from this blog

Backpacking in Penang 2016 | #4CrackheadsInPenang Day 1

Backpacking in Penang 2016 | #4CrackheadsInPenang Day 2

Backpacking in Penang 2016 | #4CrackheadsInPenang Day 3