18 January 2017

Self-reflection

Waktu paling tenang bagi aku, selepas maghrib baca al-Mathurat dengan al-Waqiah dan sambung surah dalam al-Quran sebab nak khatam lagi. Selagi hidup ni, khatam lah banyak mana pun, pahala pun banyak alang2 tu baca tafsir sekali biar faham.

Dulu aku jarang baca al-Mathurat, selalunya lepas solat terus baca al-Quran. Kalau al-Mathurat tu biasanya aku dah lancar, so most of the time aku akan baca tafsir dalam hati.

Wallahi, the feeling in between of that time, I feel like I am so small.
Subhanallah wal hamdulillah wala ila haillallah wallahu akbar
Subhanallah… subhanallah… subhanallah

Tak semena-mena air mata ni mengalir.

Kalau baca surah ar-Rahman, 31 kali ulang “Maka nikmat Tuhanmu yang manakah engkau dustakan?”
Weh, sekali lagi rasa kecik sangat.

Tipulah aku sebagai manusia biasa, tak pernah merungut dengan apa yang aku ada.
Kenapa orang lain boleh macam tu?
Kenapa orang lain dapat?
Kenapa aku tak boleh jadi macam tu?
Kenapa aku tak dapat?

Kebanyakan orang akan define rasa kebahagiaan bila dia punya harta, kaya, benda2 duniawi. Yang hidup sederhana, miskin, tak bahagia itu satu signifikan.

Lepas tu aku tersentak kejap. Nikmat tu ujian, dan ujian yang turunkan dekat hambaNya berbeza2. Kita tahu yang tu. Tapi tak ramai yang tahu nikmat yang kita kecapi, kebahagiaan yang kita rasa adalah ujian, sama ada kita ingat dekat dia, atau sebaliknya.

Let me relate with my life after all those babbling above. 

Hidup aku, sederhana je. Ayah dan ibu beri aku cukup makan, pakaian, dan setiap bulan elaun sara diri jauh di perantauan (apa kau ingat duduk overseas baru digelar perantau ke?) tak pernah miss. Aku pula tak pernah meminta dan merungut lebih2.

But one day, the beast living inside me finally exposed herself. Aku penat dengan apa yang aku buat sekarang, dan aku start untuk salahkan takdir.
Aku whatsapp dekat ibu aku. Bermula dengan aku tak dapat nak withdraw duit dari bank BSN. Bank kerajaan ni memang sucks. Dari servis ATM sampai lah ke kaunter. Ada 5 kaunter, yang boleh berurusan ada 2. Tunggu lah dekat sejam nak tukar kad debit. Ok tu cerita lain, melalut jauh pulak.

Aku marah2, terus terang aku cakap waktu ni aku rasa aku almost bukan diri aku. Aku pun satu, marah2 kemain padahal ibu mana boleh buat apa-apa oun. Takkan ibu aku nak datang repair ATM tu pulak kan? Bayangkan dari isu tak dapat nak withdraw sebab aku terdesak nak guna duit, tiba2 berjangkit aku stress nama aku tak tersenarai untuk pergi pameran MAHA, dengan markah Test 1 aku untuk dua subjek memang kelaut habis. Pasal markah test 1 tu aku paling stress lah. Sape tak bengang bila kau dah usaha tapi kau masih tak dapat? Paling aku geram bila kawan aku acah tak study tapi dapat score tinggi dari aku. Wadehek.

Start dari isu markah, aku cakap dengan ibu aku dah give up. Maybe sebab aku dah lama pendam, aku tak tahu nak cerita kat siapa. Aku tak nak study sini. Aku tak nak teruskan apa yang aku dah buat. Aku dah lost trust dengan orang sekeliling. Pointer aku pun makin hmmm. Aku start ungkit balik result SPM yang tak cemerlang mana, matrik, sampai lah latest dekat ibu aku. Memang aku marah gila waktu tu, macam orang tak ada iman. Lepas tu aku pun minta maaf dekat ibu aku. I went over the limit.

Apa ibu aku cakap;
Sabar banyak2 along. Itu semua ujian dekat Along. Ibu selalu doakan anak2 ibu berjaya.

Yelah. Ujian. Sampai bila ujian macam ni aku kena hadap?

Orang tengok aku happy, acah2 banyak achievement unlock kononnya life goals lah. Tapi dari segi perkara yang sepatutnya menjadi keutamaan aku, memang dah terbabas habis.

Before 2016 ended, I was in depression, I lost my motivation. Aku tak pernah mengalami depresi ok dan baru aku faham perasaan orang depressed ni macam mana. Stress tu benda biasa lah sebagai student, but depression is a big NO for me.
I noticed myself that I don’t want to meet anyone. Just because that one incident made by my close friend, I lost my trust to my circle. Aku tak mengungkit balik apa dia dah buat, tak cakap apa2 pun. Aku cuma tenang. Just enjoy the show.
I distanced myself from people that I close to, I choose to be alone for entire time. I don’t want to be noticed by society. I can give fully cooperation only for the work, after that no more.  Bila dah rasa sorang2, rasa tenang. Nak keluar rumah pun rasa malas. I didn’t response any of conversation in Whatsapp groups, a mere silent reader and finally left a few of Whatsapp groups which is not related to my work. Padahal dorang takde kena mengena dengan isu aku pun. I blocked a few of them on Whatsapp so that they can’t reached me. Malas nak jawab typical question ‘apesal kau left group?’

Because I don’t know why, I just want to be alone.

Lepas dah unblock dorang, aku pun dah ready dengan alasan yang direka entah apa2. Sorry yalls, please understand me. I was torn apart. Ya, aku tipu korang. Aku lagi rela tanggung sendiri daripada cerita perkara sebenar. Maybe sebab masa tu aku rasa kalau aku share problem aku pun, what you gonna say? You offered me an advice but I don't think it would help me either. You guys also have own issues to take care of. 

Dah ego macam tu lah.

Idk if some people notice my changes, but they choose to shut their mouth instead of asking me. Well yeah, I am good in pretending, good in hiding what I have been going through. I was struggling with myself, it was hard and painful.

Siapa2 yang kenal aku, baca entri ni mesti tak percaya kot. I am best known as a girl with full of positivity.  I have no issues with anyone, because it is my nature not to meddle in someone’s business. I am kind of person that would do everything by my own but in the meantime, I have to take care of my circle. It’s not like I just gotta be alone all of the time, but there’s a time that I have to be alone so please, respect my privacy.

After all this time, I claimed myself as extrovert – easyoing person. Nasib aku baik juga, suatu hari aku tersedar dengan apa yang aku dah buat. I can’t stand still, I must find a way to get rid of this feeling. Aku tak nak jadi introvert. Aku siap buat beberapa test untuk tengok tahap social life aku. Mostly give negative result. I am not an introvert. I am an ambivert.

What I can say is, this is the most complicated issue that I’ve ever had in entire life. I admit that all of these happened because of myself. Before this I am quite positive during my lowest, I can handle them very well. Tapi tulah, sabar manusia ada hadnya. I went over the limit.
Sejak aku amalkan al-mathurat lepas solat, aku lebih tenang. Aku ada masalah, Allah nak aku merintih pada Dia. Aku berdoa lepas solat, tapi sejauh mana aku mendalami apa yang aku ungkapkan? Selalu tak buat tahajud bila terjaga waktu malam?

Kalau setakat ujian macam tu aku tak mampu nak hadap, macam mana dengan ujian orang lain yang Allah turunkan lagi hebat dugaannya? Ujian tak cukup makan sebab duit pt dah habis? Ujian tak dapat nak teruskan study? Keluarga porak peranda? Hidup kaya travel sana sini tapi baca al-Quran pun masih lagi merangkak? 

Sedih. Diri ni masih tak bersyukur rupanya. Allah dah kurniakan keluarga yang baik dekat kau Pija. Dapat ayah yang jaga solatnya, mendidik anak supaya jaga ibadahnya, imam dan bilal di surau, subuh tak pernah miss dekat masjid, masih lagi tak nak bersyukur?
Bukan semua keluarga dapat merasai nikmat itu.
Sekali lagi, “Maka, nikmat Tuhanmu yang manakah engkau dustakan?”

Diri ini sahaja harapan keluarga sekarang ni.

9 Januari, birthday aku baru2 ni. Aku dapat a few of surprises daripada kawan2. Sebelum birthday, sampai ada yang buat handmade planner book 2017 dan hantar cheesetarts ke rumah aku. Terharu sangat beb.
We went through deeper conversation among ourselves along with the breezy of South China Sea. I realized that, I still have those gems who supports me other than my family whenever I feel like giving up. I also realized that, I need someone to talk to actually.
Please appreciate people who never leave you behind, Pija.


Doakan aku dapat tempuh segalanya dengan baik. Tahun ni aku dah start PITA 1, or FYP. 
Semoga dipermudahkan. Let's hope for the very best that I could do after this, 2017 will be a challenging and yet tiresome year I guess.
Put aside those negative vibes which may affect you, shall we?


No comments: