16 August 2016

Backpacking in Penang 2016 | #4CrackheadsInPenang Day 3

Oleh sebab ada yang bertanya dekat Instagram and dm-ed me on Twitter regarding to my last trip in Penang, I think I should continue write it up although it has been 8 months ago. I am so sorry guys, I know I am such a lousy bump hahaha. And thank you for dropping by here!

Untuk Day 2, boleh baca dekat sini.
Untuk Day 1, boleh baca dekat sini

Khamis, 28 Januari 2016.
Hari terakhir dekat Penang. We were extremely tired because of  the day 2 trip, went to Teluk Bahang for Escape Park, have been walking about 3 km to Batu Feringgi which have night market all the way. Esoknya bangun pagi memang sakit2 badan tapi ku gagahkan jua tubuh ini untuk follow plan hari ketiga.

Pukul 8 pagi, kitorang yang tak breakfast langsung (alas perut makan coklat je) terus menapak ke Stesen Bas KOMTAR untuk ke Bukit Bendera, Penang Hill. Aku tak ingat bas no berapa dengan tambangnya. Kena alert dengan bas yang lalu, tanya locals dan mostly main redah je asalkan sampai sana. Jangan risau lah, dekat terminal ni bas memang sentiasa ada. Sangat efisyen, sebab tu aku recommend kalau jalan2 dekat Penang ni naik bas je senang. Dalam bas tu dapat seat memang terus lelap mata kejap. Sambil2 tu perhati lah jugak kot2 ada orang tua ke ibu mengandung ke naik bas sebab nak bagi tempat duduk. Tak pasal2 nanti aku jadi viral pulak masuk Siakap Keli dengan tajuk berbunyi "Di manakah budi bahasa remaja zaman sekarang?" Huh.

The last time I went to Bukit Bendera about 9 years ago. Walaweh lama gila bai. The place is totally 100% changed! Kitorang sampai dah 9 pagi lebih macam tu, so terlepas lah promo fees dari jam 6.30- 9 pagi hanya RM3. Always refer their website to enjoy any upcoming promotions.

Entrance fees nak naik tren
RM 5 - Student (tunjuk kad matric korang ye)
RM 10 - Dewasa (kena tunjuk IC).
Tips, bawaklah student card korang kalau pergi mana2 untuk penjimatan yang berbaloi.



Sepanjang perjalanan nak ke puncak tu memang dapat tengok view Penang yang cantik gila (alahai rindunya Penang hehe). Bila dah sampai dekat atas tu ada deck yang dorang dah renovate untuk tengok the view of Penang. Si Apis dah gayat menjerit2 bagai sampai terduduk duduk. Aku rileks je haha.


Breathtaking view of Penang

 Love lock in Bukit Bendera, Penang

Gambar ni macam warm up lah sebelum ke Seoul nanti ahahahaa


Kat atas tu ada jugak lah restoran dan cafe tapi harganya kalau dah tempat macam ni memang mampu tengok jelah kan. Actually ada je duit tapi entahlah rasa macam tak nak makan, baik aku pulun makan tengahari nanti hehe.

Muka tahan lapar

Finally a proper photo of us. Masa ni memasing gemuk, sedap menternak lemak

2 jam dekat atas, kitorang pun turun. Dalam pukul 11 pagi macam tu singgah kejap kedai2 jual souvenir, tapi tak beli souvenir pun haha. Beli Snickers jelah sebagai energy booster aku sebab dah lapar sangat. Tak lama tu, bas pun sampai untuk ke KOMTAR, kitorang kena balik sebab pukul 12 dah kena check out. Timing just nice dekat sini.

Sampai hotel, check out, duit deposit dapat balik. Sebab muka semua orang memang muka lapar macam tak makan seminggu, kitorang decide untuk terus pergi lunch. Semua backpack kitorang simpan dekat bahagian receptionist ada rak untuk letak baggage and stuffs. Biasanya memang ada hotel yang provide locker/rak sementara nak tunggu guest check in atau sebaliknya.

Next, sambung food hunting session with these awesome crackheads. Fyi, tempat2 makan yang kitorang pergi ni semua dekat2 je, satu kawasan je. Maka, eloklah dengan hanya berjalan kaki bakar kalori dan lemak semalam makan tak ingat dunia tu. Cepat2 kitorang berjalan ke Restoran Hameediyah tak sampai 1 km dari hotel kitorang, nak pekena nasi kandaq! Menu wajib ok sampai Penang ni. Weh rindu betul kari diaaaa. Walaupun ada lagi banyak restoran nasi kandar, aku rasa yang ni pun dah cukup power. Harga bergantung pada berapa banyak lauk kau ambik, dalam RM6 ke atas.



Aku punya total dengan air teh o limau ais, RM8.50.

Masa kitorang sampai takde orang sangat. Lepas queue up, aku toleh je belakang dah ramai beratur sampai luar kedai. Maknanya kedai ni memang power lah. Setelah mentekedarah nasi kandaq, kitorang pergi borong jeruk dekat Jeruk Madu Pak Ali. Dulu aku ni makan jeruk mesti batuk, perit tekak etc. Sekarang alhamdulillah tak batuk malah cukup meyakinkan dan pastinya halalan toyyiban.

Then kitorang nak try ais tingkap. Ais tingkap ni air serbat selasih atau orang panggil sirap selasih, ada isi kelapa. Memang menyegarkan tekak dikala panas Georgetown yang meruntun jiwa. Pergh ayat ahaha. Al kisah ais tingkap yang sempat kitorang tanya ownernya, dulu dia berniaga air ni dekat tingkap kedai rumahnya tak jauh dengan current location. So, bila orang nak beli air, beli dekat tingkap je ala-ala drive thru lah. Maka, lekatlah nama ais tingkap tu. Sekarang, dia bukak stall dekat sebelah kedai je.



Lepas dah basahkan tekak, kitorang pergi Penang Famous Teochew Cendol. Ok cendol yang ni aku tak rasa, walaupun berapa juta review orang cakap sedap, aku tak yakin so aku tak cuba. Tapi memang ramai sangat, pelbagai bangsa beratur dekat sini huhu. Danial beli satu, kongsi dgn yg lain.


Sebelum balik hotel ambik beg, kitorang singgah kejap KOMTAR Mall, sempat lagi duduk dekat kerusi urut Ogawa haha. Singgah 1st Avenue sebab nak air cond, panas sangat weh. Then, kitorang jamak sekali solat zohor dan asar. Actually plan kitorang lepas food hunting nak pergi Trick Eye Museum dan Camera Museum. Ada 2 jam sebelum kitorang gerak terminal feri untuk pulang. Memandangkan masa tak izinkan, kitorang decide untuk skip plan tu sebab tu cuma back up plan kalau ada masa (sebenarnya masing2 tak hadap pun nak masuk musium hahaha cuma Danial jelah sibuk nak masuk Camera Museum tu) Ada jugak yang tak balik KL nanti ni.

Balik hotel, ambik beg dan terus gerak ke stesen bas KOMTAR. Kali ni kitorang ambik bas CAT utk ke terminal feri. Rupanya bas CAT ni berhenti dekat 1st Avenue utk drop passengers, nasib baik tak jauh.


 Goodbye Penang, see you again!

Pukul 4 pm, kitorang menaiki feri ke Butterworth. Feri dari Penang free of charge je untuk ke Butterworth. Gigihlah kitorang bawak backpack tu, memang backpackers tegar sangat. Padahal memasing first timer haha. Jalan kaki sampai Stesen KTM Butterworth. The best thing about Penang, mostly interconnected and very accessible in terms of transportation. Dah sampai Terminal Feri Butterworth, terus jumpa stesen bas dengan stesen KTM. No wonder people love to visit Penang.

Dekat stesen KTM, Danial dah incharged utk settle ticket train kitorang balik ke KL . Kitorang book ticket online, seminggu sebelum gerak ke Penang.

 ETS Gold, Butterworth - KL Sentral = RM59.


Jadual ETS mostly banyak yang sampai Butterworth dari Padang Besar waktu petang. So I tried my best to fit in the timetable in our itinerary supaya boleh balik petang dan sampai KL pada waktu malam. Korang boleh tengok full timetable dengan harga sekali dekat website KTMB.

Sebenarnya, kitorang boleh je balik naik flight, lagi murah. Tapi sebab memasing tak pernah naik train untuk jarak yang jauh, so we choose to commute with train instead of flight. To sum up, we got the chance to try different mode of public transportation which are flight, bus and train.


15 seconds vid on Instagram: @iamfizzaa

Tepat jam 5.45 pm, tren kami meninggalkan bumi Penang dengan seribu satu kenangan menelusuri sawah padi menghijau, bukit bukau, terowong dengan pemandangan indah sepanjang perjalanan.
Pukul 9.50 pm, tren ETS sampai di KL Sentral.
Lepas memasing ucap terima kasih sbg tanda kerjasama erat gitohhh haha, aku dengan Pika tukar naik Komuter pulak yang mana train paling last malam tu utk ke Kajang. So memang kitorang berdua rushing jugak lah takut terlepas. Danial dan Apis pulak parents dorang ambik kt situ.

10.30 pm, komuter pun sampai. And I'm home about 11 pm.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Total hangus: 3D 2N = Approx RM 325. Still less than RM350 *applause*
Aku minta maaf sangat tak dapat nak nyatakan exact amount aku spend dalam sehari. Next trip, akanku laksanakan ye.

What I'm gonna say about this trip?
IT WAS  AWESOME. A successful trip, I guess? Sebab aku travel dengan geng yang 'masuk', gila-gila tak kenal tempat. Masa travel ni jugak kenal perangai masing2 yang tak terkeluar selama berkawan ni.  Jujur aku cakap, aku sayang korang sangat. Moga2 korang tak kembang semangkuk bila baca statement tu ye haha.
Mula2 memang parents aku tak bagi pergi, tapi aku dah booked flight dulu hahaha ni tips kejam ok. Kejam tak kejam, aku lepas jugak akhirnya. Ibu dan ayah aku memang percaya dekat aku, dorang tahu apa yang aku buat. Bila parents dah bagi kepercayaan dekat kau sepenuhnya, jadi kau HARUS manfaatkan sebaiknya.

Aku belajar banyak benda lah sepanjang trip ni. Tips, plan wise. Banyakkan baca review dan itinerary dari blog orang lain untuk ke satu2 tempat. Mostly trip ni aku yang buat iti. Aku rangka 2 iti, post dekat group bagi dorang decide mana lagi ok. Kena make sure majoriti setuju lah dan adjust mana yang patut. Lagi2 kalau kau dengan partner yang financial constraint tapi tetap nak travel. Jenis yang travel in budget je macam aku. Selagi boleh reduce budget, maka jangan lah berputus asa untuk travel in budget. Kalau travel naik flight, secure ticket flight paling murah. Kitorang dapat sehala RM20. Tu pun aku gigih jugak cari RM10.

Nak repeat lagi tak? Mestilah nak!! Dengan sengal2 ni pulak kan hahaha.. Tapi tempat lain pulak lah. 2018 insya Allah.

May this friendship grow stronger, amin.

p/s : Sesape nak full itinerary, boleh lah roger aku dkt fiezfizah[at]gmail.com

No comments: