Backpacking in Penang 2016 | #4CrackheadsInPenang Day 2

Aku rasa berat badan aku dah naik. Wuwuwuwuw

Sambung balik backpacking trip dengan bestpreng dekat Penang tempoh hari.
Untuk DAY 1, boleh refer dekat sini
Untuk DAY 3, boleh baca dekat sini

Rabu, 27 Januari 2016

Alright, lepas bangun, solat subuh dan siapkan diri memasing, awal pagi lagi kitorang dah ready nak perkena Roti Bakar Jalan Transfer. Tak jauh pun dengan hotel kitorang, walking distance about  500m, 5 minit dah sampai.

Gerai-gerai terletak di Jalan Transfer, belakang IPK Pulau Penang. Dekat sini bukan sahaja ada roti bakar yang famous tu, roti canai pun ada juga. Memandangkan hari tersebut memerlukan tenaga yang banyak, jadi kitorang decide untuk makan roti bakar!
Roti Bakar Jalan Transfer. The bread is served with half boiled eggs on top of it. Kena makan dengan kicap takpun letak ajinamoto sikit. Bagi aku not bad, sebab aku memang suka half boiled eggs. Sorry aku tak ingat harga, insya Allah berpatutan!
Dah kenyang, kitorang gerak pergi tunggu bas 204 untuk ke Teluk Bahang. Belanja sikit wefie muka excited sebelum menempuh jalan yang macam ular kena palu dekat Batu Feringgi. Cuak hokay pakcik tu bawak bas laju semacam. Macam nak humban kitorang dalam laut je. T_T

Dalam pukul 9 pagi, kitorang sampai di Penang Escape Theme Park. Operation hours dari pukul 9 pagi- 6 petang. Tapi 5.30 petang macam tu mostly semua games dah close. Timing memang baik punyalah. Orang pun tak ada lagi masa ni. Aku suggest kalau korang nak masuk theme park kat mana2, silalah datang masa bukan weekend, public holiday dan cuti sekolah. So korang boleh try semua games tanpa perlu tunggu lama2.

For the entrance tickets, I purchased via online booking at www.escape.my for RM66 per person. Itu pun aku booked sebulan sebelum pergi. Harga ticket berubah2 ikut masa. Kalau walk in dalam RM85, tapi boleh naik sampai RM92. Nak jimat, better korang book online. Kalau book 2 bulan sebelum pergi, harga boleh serendah RM42. Ni based on aku punya research bila buka mana2 website nak booking, aku try bandingkan harga sebulan atau 2 bulan sebelum pergi. So kita boleh estimate berapa kita boleh jimat, etc.
Gambar dekat atas ni adalah Monkey Business. Ada 3 level, Level 1, 2, 3. Mostly yang ni macam uji kekuatan otot biceps dan tangan korang. Dalam setiap level tu ada banyak checkpoint,cuma mula2 je ada trainer dekat checkpoint. Lepas tu peralatan, cabaran seterusnya memang kita yang kena handle sendiri. Sebab tu pentingnya dengar briefing sebelum start main. Aku mampu sampai Level 2 je. Boleh je nak teruskan sampai level 3 tapi nanti takut tak sempat nak cuba game lain pulak. Ikutkan hati memang tak larat, tu pun semput jugak lah. Memang best sangat!

For this game, strictly cannot bring your gadgets like mobile phone, cameras and even iPad. Gopro boleh, cuma masa flying lemur (flying fox) kena ikat dekat badan atau buat jelah macam mana pun asalkan jangan pegang. Tapi aku bawak handphone je simpan dalam poket seluar. Tu pun kantoi dengan trainer tapi dia tak kisah lah asalkan jangan bagi management nampak. Cuma kalau kantoi dengan management, nanti gaji dorang kena potong. Because of the urge to capture the moment, I decided to bring my phone along. Pepandai lah hidup. My friends gotta thank to me bcs of it. Kalau tak memang tak dapat la nak record video bagai, sayang pulak.  Check my Instagram : @iamfizzaa. Maklumlah semua duk usung gopro bagai, kita ni tak mampu. Haha.


Some of the part of Monkey Business.


Trimas abang photographer Nepal for this shot! Kalau korang nak tengok gambar korang, boleh like official  Facebook page Escape.my. Semua gambar upload dekat sana ok.


Lepas main Monkey Business, kitorang main Gecko Tower. Yang ni macam wall climbing lah. I am always a fan of wall climbing. Sebelum naik kena tekan button, same goes to bila dah sampai kat atas sana so that we can check our duration. Aku dengan Pika beria lah naik benda ni, sebab each part ada susah dan senang. Aku ni lasak jugak orangnya. I fascinated with this kind of adventure and extreme games. So bila aku dengan Pika main benda2 macam ni, si Apis macam tak sangka jugak sampai cakap;
"Gile gempak korang. Aku ingat Pija ngan Pika ni jenis goyang kaki layan korea je"
Whuttt hahahhahaha haram jadah. You're absolutely wrong! Kau belum kenal lagi kitorang ni macam mana. Nampak kitorang ni lembik ke apa??? HAHAHA
Kawasan ESCAPE park ni more to environmental friendly concept. Macam kat kawasan kampung pun ada. Ada ayam, angsa, pokok2 renek ditanam dekat sekitarnya. Maybe this is the way to preserve the kampung-vibes that very rare these days and nearly would not obtain in anywhere.

Ada satu game ni, Pika je dapat try sebab berat dia bawah 50kg. Seronok tengok dia lompat2. Kitorang ni mampu cheers jelah suruh dia buat backflip. Banyak kali jugak tak jadi, kitorang tukang menggelakkan dia jelah haha.
Lepas tu kitorang try Flying Lemur. Macam flying fox jugak lah, ada 4 tali, ketinggian lebih kurang 50m. Flying fox ni paling padu lah dalam banyak2 tempat yang pernah aku pergi.. Seronok gila. Kalau dekat Monkey Business dah penat panjat2, dekat sini rileks je meluncur laju haha.

Yang ni takde gambar pun sebab aku tinggalkan phone aku dekat locker checkpoint Flying Lemur. Sebab trainer tu dok asyik ulang2 suruh keluarkan phone apa semua last2 aku redha jelah.
 
Next, kitorang try Tarzan's Rope. Yang ni pun best jugak walaupun sekadar bergayut2 tapi cuak jugaklah.

Done with Tarzan's Rope, kitorang try Kite Flyer. The rush of our adrenaline was just freaking insane! Aku dengan Pika kena berpaut pada bar tu, lepas tu Apis dan Danial kayuh basikal dekat bawah, to lift us up until the rope is tight. Apa yang aku impress dekat sini, pakai manpower nak angkatkan kitorang ke atas. Bila tali tu dah tegang, one of us kena tarik tali tu then wallaaaaaaaaa, we're flying like a kite!

Same goes to Danial and Apis, aku dengan Pika gigih kayuh untuk dorang. Dah la berat memasing. Just imagine we were cycling to lift up 180 kg of 2 people in one time???
Lepas tu penat. Dalam banyak2 kite flyer paling padu. You guys should not miss this out!

Then, our last games, Atan's Leap. Actually banyak je lagi game tapi kitorang try yang bebetul extreme. Atan's Leap ni macam bungee jump. Kena panjat dulu nak sampai atas tu, sebelum terjun. Dari bawah tengok macam alah takde benda lah. Sekali dah sampai atas, menggigil jugak kaki.Trainer tu siap cakap lagi, "Ok dah mengucap ke belum?" Cissss. 20m punya tinggi, memang aku buat muka redha macam nak bunuh diri, terjun je. Hahahaha. Tapi tak se-extreme dekat New Zealand lah, yang tu pun one of my bucket list jugak haha.

Tapi ada satu game tu kitorang terlepas pandang, Tube Racer. Macam mana entah tak jumpa yang ni. Game ni tersorok sikit. Bila dah nak balik baru perasan. Sho sad.

WE ARE DONE WITH ESCAPE!
ESCAPE PARK IS AWESOME! Serius puas hati. Worth every pennies!!!

Then, kitorang tunggu bas untuk ke Batu Feringgi. Actually kitorang tak makan lagi tau masa lenjan main games semua. Peduli apa aku asalkan aku main semua games haha. Tahu pulak rasa lapar masa nak balik tu. Kitorang turun bebetul dekat depan Hard Rock Hotel Penang, sebab nak nampak satu kedai makan ni, tepi jalan je. Restoran Pak Mid tak silap aku nama dia.
Menu dekat sini semua best2, harga dia pun standard paling murah nasi goreng RM8. Peh. Mungkin kedai ni terletak dekat depan Hard Rock Hotel so tourist attraction become their main credit. Yang specialty menu semua berbelas ringgit, tapi dah lapar punya pasal, lenjan jelah. Tapi portion dia besar juga, so bagi aku berbaloi. Restoran ni jugak banyak artis dan selebriti pernah datang.

Lepas habis makan, kitorang menapak sejauh 1.2 km untuk ke pekan Batu Feringgi. Sepanjang jalan dekat pekan Batu Feringgi tu ada night market. Auntie kedai kata 2 jam jalan pun tak habis. Ceh. Memang panjang pun, biasalah jual benda yang sama. Aku sempat sambar fridge magnet untuk ibu aku sebab dia dah kirim awal2 lagi. Kalau korang nak beli souvenir, aku rasa better datang night market sebab lagi murah daripada dekat area Komtar.

Kitorang ambil bas 204 untuk ke Gurney Drive, nak sambung balik food hunting dan craving yang menggunung sebab hampa tak dapat makan masa first day. Padahal baru je makan petang tu lulz.

Dekat Gurney Drive ni tempat makan terbahagi kepada 2, Chinese dan Malay. Sampai je target nak makan pasembur menari. Kenapa menari? Sebab pakcik tu menari2 masa tengah potong kuih2 tu. Tips to eat within your budget, makan ramai2. Nak makan pasembur ni kena apa yang berkenan di hati. Aku rasa aku ambil sikit je. Sekali bila dah potong2, terus jadi banyak. Total price, RM64. Bahagi 4 dalam RM16. Aku tak kisah sangat spend lebih sebab aku memang dah craving benda ni lama gila, kalau boleh nak je ajak pakcik ni duduk meniaga kt Kajang. Hahahahah.

Kuah pasembur dia memang power, aku tak tipu! Kitorang pun order char kuew teow jugak. Tapi rasa dia biasa je lah, kalau nak power punya dekat area Balik Pulau. Takpelah lain kali try dekat sana pula. At Gurney Drive, I just love the open air ambiance when I was eating there. Entahlah, rasa macam meriah. Jenuh jugalah nak menghabiskan sambil2 tunggu nak lepak dengan family sepupu Pika.

Pasembur menari. Pakcik ni potong kuih tu semua laju harey, aku dengan apis sampai menganga lah tengok.
Oh mai god, so tempting!!
Sedapnya weh, terasa dekat tastebuds. Over.
Seronoknya ternak lemak :)) My laughing gas.

We had a good time and laughing like crazy when we were lepak-ing with Pika's cousin. First time dia nampak kitorang makan pasembur banyak tu, terus dia cakap;
"Hangpa ni gila ka?"
HAHAHAHAHA. Dia pun ada suggest jugak, kalau nak makan pasembur murah boleh cakap dengan pakcik tu, korang just tetapkan the amount of money. So nanti pakcik tu yang ambikkan untuk harga tu. 
Lepas jumpa, memasing dah kenyang, masa untuk pulang ke hotel.

Masa kitorang tengah tunggu bas, semua macam start "Weh esok dah last day" pastu buat muka sedih. Agaknya masa kitorang tengah bising2 pasal jalan nak balik, ada sorang abang Chinese ni tegur kitorang nak balik mana, dari mana semua. Cara dia cakap macam orang Melaka peranakan, fasih sangat.
Kitorang macam biasa lah, to be general, memang kitorang jawab dari KL je, malas nak panjang2 cerita. Abang tu pun dia dari KL, dia dah kerja Penang dalam 4 bulan as Neway promoter kt Gurney Plaza if I'm not mistaken. Aku sebenarnya tak pernah dengar nama kedai Neway kt Fahrenheit 88, maybe sebab aku tak pernah jejak kedai tu. Aku takdelah curious sangat dengan abang ni, and aku ingatkan soalan dia tanya habis dekat situ je. Lagipun kitorang dah penat sangat, muka memasing toya habis sebab dah lenjan Escape tak ingat dunia.
Abang tu pulak dia tengok aku dengan Danial melayan dia, lagi rancak lah berbual sampai atas bas.

Dekat atas bas, dia siap cakap lagi pasal One Utama Old Wing dengan New Wing. Dia cakap Old Wing tu belah Selangor, New Wing tu pulak sebelah KL. I didn't know about this fact. So bila tahu ni macam wow. Betul ke? Haha layankan jelah. That's why poskod pun lain2 sebab dia ada member kerja buat plan. 

 Aku : Dulu u KL duduk area mana?
Guy :  I duduk area Chow Kit. Tapi I pindah sebab yelah u tau kan KL macam mana sekarang, banyak gangster semua. I takut, sebab tu I minta transfer sini.
Aku n Danial :OooOoOOo

Guy : U pulak KL area mana? *tuju dekat danial*
Aku sebenarnya dah penat malas gila nak layan tapi aku terpaksa senyum jelah kan sebab dia berdiri pun menghadap aku. Tapi Danial tak sempat pun nak jawab,

Guy : Haaa I tau u ni i tengok pun budak Bukit Bintang ni. 

Kitorang gelak.

Danial : Mana u tau i budak sana?
Guy : Tengok cara u pakai pun I tau maa. Yang ni pulak *tunjuk Apis* memang nampak lah macam budak Cheras (sebab sebelum tu dia dah tanya Apis) Yang ni *tunjuk pika* budak Damansara ni.
Sampai dekat aku;
"You pulak, budak One Utama. Tengok cara berpakaian pun I tau"

Hahahhaha whut?? Kau tau tak kitorang ni budak picisan yang duduk kat Kajang bandar sate, yang masih lagi menagih pengalaman menjadi seorang backpacker? Haha!
 Danial cakap lah kitorang KL biasa2 je. Lepas tu this guy even claimed himself as OMKL which is Orang Miskin Kuala Lumpur je, tinggal dekat Chow Kit saja.
"You all lain lah, OKKL. Orang Kaya Kuala Lumpur! Hahahahah" 

I. Don't. Think. It's. Funneyh. THAT'S ANNOYING OKAY?!

Then dia tanya lagi;
"So you all duduk hotel area mana"

Mai goodness. Masa ni aku dah macam "Please Danial jangan bagitau dia"

"Hotel bajet je Area KOMTAR"

"See, I dah cakap you all OKKL. Area KOMTAR mana ada hotel bajet! Hotel mana?"

Masa ni nasib baik Apis dekat belakang lelaki tu. Dia dah buat isyarat 'jangan bagitau' dekat Danial. Aku tak boleh nak cuit Danial walaupun aku duduk sebelah Danial masa tu. Fuh.

"Ohhh ermm.. haha"

Yelah sekarang ni macam2. Kita tak boleh nak percaya sangat dengan strangers, lagi2 masa travel. 
Apis memang senyap je sebab dia dah malas layan. Tapi yang tak bestnya dia memekak dalam bas tu, cakap pasal Kuala Lumpur. Orang2 dalam bas semua usha tak puas hati je kat kitorang. We got no choice people, you have to listen his story first before you dropped off. Sepanjang dalam bas tu memang aku berzikir cepatlah sampai hotel.

Our conversation ended once the bus dropped us near KOMTAR, and luckily that guy wasn't the same place with us.  Avoid this kind of people as much as you can. Aku tak ada masalah dengan orang yang terlebih peramah, tapi biarlah kena pada caranya. Please lower your voice and respect your surrounding. And whenever you meet new people, please talk something beneficial. There's plenty of topic you can talk about especially when you meet tourists. 

To be continued...

Day 3, visit here 

For the itinerary, you may reach me on fiezfizah[at]gmail.com

Comments

Popular posts from this blog

Backpacking in Penang 2016 | #4CrackheadsInPenang Day 1

Backpacking in Penang 2016 | #4CrackheadsInPenang Day 3