Cuzzy bonding time

Last week, aku ke rumah makcik aku (kakak mak aku) sebab nak berjimba dengan sepupu aku, Fatihah dekat Seremban. Kengkonon nak sleepover lah kat rumah dia haha.  First time pergi sana naik komuter. Kalau setakat sorang2 tu, apalah sangat. Biasa dah nak gerak pergi memana tu sorang2 je. Kadang2 aku rasa aku ni terlebih berani pun ada. Kalau dekat Ganu, selamba je merempit balik rumah sewa dari meeting dekat kampus pukul 1, 2 pagi. Member2 lelaki yang join meeting tu pun risau pasal aku sebab aku ni perempuan. Bahaya balik lewat2. Aku okay je, asal jangan hujan lebat sudah. Banyak kali jugak aku meredah hujan naik motor sebenarnya. Tapi gua chill je. Inilah kehidupan. Tetibe.

Sepanjang 30 minit perjalanan tu, aku duduk dalam koc wanita. Orang pun takde sangat. I plugged on my earpod, playing my all time favourite playlist on my phone and enjoy the scenery. Walaupun permandangan tu biasa je, tapi mampu buat fikiran aku menerawang entah mana-mana.

Sampai je Stesen KTM Seremban, kitorang melepak dekat Old Town White Coffee Seremban Prima. Walaweh, lain naa mall ni haha. Cousin aku ni, dia sebaya aku dan sekarang bekerja dengan ayahnya. Dia dikategorikan sebagai OKU. In general, she is mentally and physically perfect like other ordinary person. But in her case, (I guess her case is rarely happen in our society) she is a slow learner. What I meant is, bukan sembarangan slow learner lah. She can read and speak English in US accent very fluent, I told you. Your first impression towards her would be like a normal person. Aku tak pernah anggap dia ni disable person. Sampaikan masa keluar hari tu nak parking kereta, aku macam terkejut apasal selamba dia je parking kat OKU.

"Eh Tihah, ni parking OKU ni"

"Pija, saya kan OKU. Kawan saya pun sama. 2 orang lagi pun dalam kereta ni OKU (sebab ada kawan dia sekali)"

Hahahahhahahaa amende lah kau ni Pija.

Masa dia kecik dulu sebelum tadika, bila makcik aku tengah buat housechores,  makcik aku akan pasang tape Disney cartoon dekat TV and let her watch. Bila dia dah besar sikit, dia sendiri yang pasang. So this made her indulged with the cartoon and she learn everything through it. However, at the other side, she can't speak Malay. Tak fluent sangat macam aku dengan yang lain, that makes us different. Day by day, she healed. She can talk and write in Malay. Her English is impressive and she got her confident in herself there. Cuma masih lagi seorang slow learner.

Dalam ramai2 cousin, aku antara orang yang rapat juga lah dengan dia. Sebab aku kan boleh masuk dengan semua orang? HAHA. Okay tak. Sebabnya, aku boleh faham cara dia. A person like her, we need to be more understanding. Aku paling tak suka bila orang macam nak ejek2 the way she act. Because people often to judge before they know and understand. And I believe that Allah has created each of us beautifully, with our own flaws. So, why judge?
 Kasi can kat akak, first time try DubuYo! Sedap lah jugak, akak kasi 4 dari 5 bintang sebab cepat gila kenyang makan ni, Best sebab banyak sayur.

Lepas tu, kitorang merayap ke Seremban 2, sebab tengok wayang. Masa tu aku dah confuse tak tahu nak tengok cerita apa. She and her fantasy world is inseparable, while me more to reality. Last2 kitorang decide nak tengok The Fifth Wave. Tu pun sebab ada Chloe Grace Moretz (my ultimate girl crush ever)

Flow of the story dah best, tapi ending dia macam harey. Malas aku nak citer kat sini.

So masa on the way nak balik rumah lepas hantar kawan sepupu aku ni (budak ni pun slow learner juga tapi English dia pun boleh tahan power) tetiba kereta bergoyang dan bunyi meletup kuat gila.. Aku dah cuak. Ah sudah. Cepat2 cousin aku parking tepi jalan, depan rumah orang pula. Bila keluar, rupanya tayar flat habis. OMG. Masa tu dah nak maghrib. Jalan tu dah sunyi sebab senja. Memang takde option lain, kena tukar jugak tayar tu. Masalahnya, aku dengan cousin aku mana reti tukar tayar. Cousin aku dah nak bagi salam dekat rumah orang tu. Aku macam risau jugak lah takut apa-apa jadi. Tapi aku suruh jugak cousin aku drive jugak slow2sampai bengkel kereta dengan harapan rim tak bengkok.

Keluar dekat satu taman perumahan ni, aku rasa macam kenal jalan area situ. Yes, memang betul, ni jalan nak pegi rumah pakcik aku, merangkap abang ayah aku. Memang aku tak fikir panjang, aku suruh Tihah drive pergi rumah dia hahahaha! Aku tak terfikir nak call dulu, mana lah tahu dia tak ada kat rumah. Nasib kitorang memang baik, masa senja tu jumpa rumah pakcik aku! Nasib baik satu family ada dekat rumah! Nasib baik Negeri Sembilan cuti umum hari tu! HAHA. Dah aku ni pulak memang jenis suka ingat jalan kalau pergi mana2 haha. Syukur sangat!!

Nah aku belanja keadaan tayar tersebut. Aku rasa kereta tu terlanggar sesuatu sampai terkopak tayar tu.  Nasib baik body tak scratch.



Makcik aku mesti pelik "sapo lak datang bagi salam kek luar maghrib2 ni" Muka dia pun nampak macam terkejut bila tengok muka aku yang tak sememeh menagih simpati. Lepas dah cerita segala apa yang berlaku, pakcik aku pun tolong tukarkan tayar kereta. Sesambil tukar tu, macam-macam tips dia bagitau. Lama jugak nak tukar tayar walaupun satu je, sebab jek kereta tu tak pernah guna dan tayar pun tak pernah pancit. To lift up the whole car really takes time you know.
And I realized something. Masa tukar tayar tu, banyak jugalah cabarannya. Masing-masing banyak bagi cadangan, termasuk Tihah. Mesti korang ingat, slow learner tak boleh buat apa-apa kan?
Nope. Aku nampak usaha dia nak tukar tayar, nak buka spare tyre (spare tyre Alza dekat bawah kereta). Dari situ, aku sedar yang the other side, she is practically not a slow learner.
After one hour and half of struggling, finally my uncle managed to change the tyre. Alhamdulillah. Pengalaman bagi aku yang tak tau langsung pasal tayar kereta ni. .

Dekat pukul 10 malam jugak baru sampai rumah. We freshened up ourselves, then I learn on how to wear make up with my cousin  AKU BELAJAR MAKE UP OK KO JGN MEMAIN. I've always getting bored while watching the tutorials on YouTube. Daripada foundation, concealer, bronze, eye brows smokey eyes, lipstick kejadah semua tu aku belajar. Nak apply kat muka sendiri hari-hari tu aku kurang keyakinan sikit. Dah biasa apply foundation, uv cream, maskara, compact powder and lastly baru apply lipstick. Eyeshadow tak berkenan sebab tak reti. Huhu.
I wish I own Naked by Urban Decay, products from Sephora, MAC and Bobby Brown but my savings won't let me to do so. Paling koman pun aku ada Maybelline je tau.

Sepanjang aku dekat sana, aku selalu melayan anak-anak buah aku ni. Aku nak pergi beli bawang pun sibuk nak ikut haha. I cannot resist these cutiepie, pls don't grow up can ah? Comels sangat korang ni. Nasib baik aku datang korang tak buat 'derk' je. Kalau jenis buat tak tahu, aku pun malas nak layan haha.

Sebelum aku balik Kajang, Tihah ajak aku minum dekat Lavinda Cafe, Senawang. Boleh tahan dia ni, tahu jugak port nak lepak2 minum2 bagai. Chocolate Chunky Blended dia terbaik!

Tihah dropped me off at KTM Seremban on that evening. So I headed to Platform 2, and waited for the train. Dekat pukul 7pm tren sampai. Masa dekat Batang Benar, aku stuck almost 2 hours because of heavy rain, and there was only one lane that can be used for a train at that time. Mereput aku dekat 3 jam dalam koc. Perjalanan 30 minit boleh jadi 3 jam ok. Macam-macam hal komuter ni tau.

Sampai je Kajang, aku ajak ayah dan ibu lepak mamak pekena tosai. Memang padu. Haha.
Haih, lapar pulak tetiba.



Comments

Popular posts from this blog

Backpacking in Penang 2016 | #4CrackheadsInPenang Day 1

Backpacking in Penang 2016 | #4CrackheadsInPenang Day 2

Backpacking in Penang 2016 | #4CrackheadsInPenang Day 3