Ada Apa dengan 1 Syawal?



Bagi aku, setiap tahun ada makna tersendiri dalam bulan Ramadhan dan Syawal. Tapi, kita back to basic lah, sambut Aidilfitri sebab meraikan kemenangan setelah sebulan berpuasa pada bulan Ramadhan. Tahun ni, Ramadhan aku kurang penghayatan sikit, sebabnya aku tak sempat nak khatam al-Quran dalam bulan tu jugak. Setiap tahun aku akan khatam, dapat sekali pun jadilah. Ko kena paham pompuan ni macam-macam halangan dia. Tang tu aku macam sedih sikit. Whatever it is, I am very thankful because I am able to spend the rest of Ramadhan and celebrating Syawal at home. You know the feeling when you’re far away from your family during fasting month, it’s quite saddening for me.

After all, it’s not bad celebrating the holy month in Terengganu. Dapat mengerjakan tarawikh dekat masjid baru UMT, pergi kutip dana untuk misi kemanusiaan dekat bazar ramadhan (weh excited! Nanti aku update entri ni), berbuka puasa dekat tepi pantai dengan geng kelab, at the same time struggle for my final exam. Final exam hari tu, let’s hope for the best. Dah usaha, kita tawakal sajo.

Choose to be in square shawl from SBU because it's too good to be comfy! My very first super comfortable piece from Calaqisya :D

So, macam biasa lah setiap tahun Raya memang family aku akan balik kampung sebelah ibu dekat Jelebu, Negeri Sembilan. Dah jadi adat mesti balik rumah Ibu sebab taka da siapa dapat tolong wan dan atuk, masing-masing tak larat. Ayah pula dapat cuti 3 hari awal sebelum first raya. Lagi pun, ibu dan ayah memang ajar aku dan adik supaya appreciate wan dan atuk dengan balik kampung melawat diorang. Dulu masa zaman tak matang memang bising jugak tak nak balik, sebabnya tak ada sedara dan sepupu boleh lepak sekali. Orang lain sibuk nak ada nenek, atuk, tapi kau sendiri yang ada dua orang yang masih hidup sihat walafiat tak ada langsung rasa appreciate. Makin besar ni, aku faham erti ikatan kekeluargaan sebenar.

Aku adalah cucu harapan wan yang kena buat segala mak nenek house chores. Nasib baik tak kena merendang sekali, dengan aku sekali jadi rendang kot. I was really ‘knocked off’ on that day, penat dia memang rasa macam nak menyumpah. Cucu ramai, tapi takde sorang pun nak balik awal. Memang setiap tahun aku mengomel sendirian sebegini kahkahkah.
Okay aku faham lah situasi family dorang yang lain kan. Takpe, dah biasa. SERIUS DAH BIASAAAA.

Aku bukannya apa lah, niat kita buat kerja tu semua supaya rumah tu bersih, takkan orang datang nak tengok tingkap segelen habuk. Dapat juga pahala kan. Yang paling penting, at least aku ada memories persiapan sebelum Raya dengan wan dekat kampung, how we cherished the moments before Eid, iftar dengan family besar on the last day of Ramadhan, itu semua bagi aku priceless. You won’t get it anywhere, trust me.

Macam biasa first day Raya, mandi sunat, solat sunat, salam peluk cium minta maaf bagai, tangkap gambar, then baru makannn. Itu pesen aku setiap tahun. Selagi tak makan jangan tangkap gambar. Haha. Tapi satu je yang tak best, tak pernah ada gambar family yang complete. Mesti ada yang missing in action.

Bagi aku yang dah menginjak dewasa ni, aku appreciate sangat the whole day of 1 Syawal. Kerja macam mana pun, pagi raya sangat priceless. Because after that everything goes back to norm life. Sebelah ibu semua cousins dah besar, kalau boleh nak serbu rumah jiran-jiran kat kampung tapi tu dulu je zaman hingusan aku. Dulu aku dengan cousins sebaya dan yang muda dari kitorang rajin gila tawaf satu kampung beraya. Aku la yang jadi leader, acah tour guide diorang. It’s my responsibility to steer our beraya trip, bcs I was pretty used to the alley, streets and bushes around the village. Main hentam je entah rumah siapa kitorang masuk aku pun tak tahu haha. Seronok betul masa tu, bila orang tanya kitorang siapa dengan bangga jawab “kitorang cucu mat takik dengan esah” ahahahaha.

 I have recorded a random video yang kelakar gila!
"Abah letak tangan kat bahu mak"
"Tah malu-malu lak"
Dua-dua macam awkward but at the same time comel gilosss. How to find love that will stay till eternity nowadays?


 My small family
  Here's the family that can make it to be together with in the morning. The rest were on their way to be in hometown. Sorry for the over-brightness haha the sun rays cause for the photo turn out like this. Tahi lalat aku pun tak nampak.

Pagi raya lebih kurang pukul 10 lebih, aku gerak ke rumah family sebelah ayah selang 4 rumah haha. Sebelah ayah quite balance, ramai sepupu yang kecik-kecik set2 main iPad dengan tab belako tapi dorang bising jugak, haru jugak lah rumah tu baru terasa meriah raya ni. Adik beradik ayah ada 12 orang, yang belum kahwin tinggal 2 orang je. Masa aku tengah lepak2 sesambil selfie dengan wan, beliau sempat cakap
“Kalau arwah atuk kau ado, menyengih yo lah dio nengok ramai2 ni”

Ayah's mum or my grandma. She is originally Chinese but adopted by a family which is Malay.

Sebak juga lah wan cakap macam tu. Chill pija, takkan nak bersedu sedan di pagi raya kot! Aku tahu, semua rindukan arwah atuk. Walaupun 6 tahun dia pergi, masih terasa kehadirannya. Lagi2 dekat satu port kat rumah tu, tempat atuk selalu menelaah bacaan dia. Terasa juga la kalau lalu situ. Mungkin sebab selalu nampak dia dekat situ kot.

 I have no Chinese gene that runs in my blood from my grandma unlike the rest of my cousins and my aunt behind me T_T

Somebody was celebrating her birthday on that morning.

Sebelum zuhur, kitorang ramai-ramai singgah rumah Makngah dekat belakang rumah wan. Memang dah jadi satu kemestian menu kena ada ialah bihun laksa. Tak pernah aku raya tak makan bihun laksa dia.

Caught Ayah sleeping after eating so much. Lel. The man beside ayah is her brother.


Sebelah petang, sambung beraya lagi. Aku bukannya suka tidur petang, kemon beb raya kot tolong ah jangan lepak depan tv je lepas tu terbongkang tidur. Family aku dengan beberapa sedara yang lain beraya rumah kakak tiri ayah. Ayah memang rajin melawat saudara dia. Nenek tiri aku masih hidup cuma dia tak berapa sihat sangat, aku pun tak pernah berborak apatah lagi selfie dengan dia. Dia pun tak tahu kewujudan kitorang haha.

Petang 1 Syawal, kembalilah aku ke rumah sebelah Ibu. Malam tu ikutkan nak pergi beraya lagi tapi semua dah letih. I think I was the only one that still fully energized. 1 Syawal ni setahun sekali, aku tak nak hari tu macam berakhir cenggitu je. Mereput jua aku layan program raya yang entah pape, terpaksa akur juga dengan family lain yang dah penat nak beraya.

Alhamdulillah, 1 Syawal aku tak hambar. I call it as an appreciation day. At least aku belajar 1 Syawal kali ni bukan sebab nak dapat duit raya banyak-banyak mentang-mentang aku student jadi orang kasi lebih, tapi sebab ikatan kekeluargaan itu sendiri dan yang paling penting, aku banyak belajar untuk menghargai orang lain.

Comments

Popular posts from this blog

Backpacking in Penang 2016 | #4CrackheadsInPenang Day 1

Backpacking in Penang 2016 | #4CrackheadsInPenang Day 2

Backpacking in Penang 2016 | #4CrackheadsInPenang Day 3