20 September 2014

How's life so far?

Class has already started, cuma lab je tak start lagi. Aku bet, after this confirm hidup tunggang terbalik. 9 hours of lab in a week. Kelas paling lewat habis jam 9 malam. Some of the lecturer managed to cancel the class as soon as me and my course mates reach there -,- Punyalah penat berjalan. Jauh kot. Tapi bila hari-hari lalu jalan biawak tu memang tak rasa apa dah. Kalau pepagi memang crowded la dekat entrance tu. So setengah jam sebelum start aku dah gerak pergi kelas.

Coursemates aku rasanya so far baik-baik sahaja, selagi tak ada yang cari pasal, alhamdulillah. Cuma masa mula-mula tu, biasalah kekok lagi nak cari kawan baru. Aku ni reti je nak berkawan, masalahnya aku tak peramah sebab tu orang cakap aku sombong. I'll try my best to approach people as I meet a lot of strangers out there. I gotta survive alone here, so yeah. Sejak masuk matriks, kesedaran untuk lebih peka itu lebih tinggi. That's why certain business I'd prefer to settle them by myself.  Seramai mana kawan kau pun, kau kena hidup sorang jugak. Mati nanti pun sorang jugak.

Aku elakkan untuk hidup ber'gang' dekat sini. Time sekolah dulu boleh lah engkorang buat macam tu. Sebab tu kawan masa sekolah dulu paling best! Sebab apa yang aku perhati, budak2 course aku ramai yang berpuak. Lagi pun, mana ada kelas tutorial which you can stick wherever you go like in matriculation. Bagi aku, biar berkawan dengan ramai orang, mingle with sorts of people here. It's time kau tak boleh jadi katak bawah tempurung. It's time for you to be open minded. Kau tak boleh stick dengan certain person sampai bila-bila, you have to train yourself to be alone, with your groupmates, dude. Dekat uni, memang banyak spesies yang boleh buat kau menyampah, pada masa yang sama kau kena sedar inilah realiti kehidupan.

Ni kawan satu taman kita! Group wasep tak menahan nama, Ke Kajang Ke Kita wakakaka! Insha Allah balik sama2 masa cuti mid sem nanti.

Prinsip aku, buat baik dengan orang, insya Allah di balas baik (walaupun orang kata buat baik pun dibalas tahi, anggap itu ujian)

Okay dah. Sementara assignments tak menimbun, for the first two weeks ni memang aku asyik keluar je hujung minggu. Maklumlah dah boleh drive kan hikhik.


Sebenarnya, itulah first time aku drive dalam bandar. Aku tak pernah drive dekat area rumah aku dulu apatah lagi ke Kajang. Aku pernah drive balik kampung je tu pun masa tu takde lagi lesen P. Aku cabar diri aku supaya aku berani untuk sewa kereta dan drive ke bandar. Yes, I did it! Memerlukan keberanian dan keyakinan yang sangat tinggi sebab drive dekat jalan yang sibuk. Tapi still kena banyak belajar lagi. Last week aku pegi Giant, then Mydin. Lepas shopping groceries, (Tak, sebenarnya aku craving gila Big Apple haha alhamdulillah dapek jugak) kitorang merendek ke airport (ala lupa nak tangkap gambar). Aku rasa nak balik Kajang jugak masa tu haha.

Pantai Tok Jembal. Sila abaikan pose aku yang tah pape. Tak jauh pun dengan area UMT. Tapi serius air dia cantik, memasing insecure tetiba.

And the following week, which is semalam, tetiba Fariza ajak jumpa pulak since dia pun study kat unisza jiran umt ni. Aku pun on jelah, dari tak buat apa-apa kat bilik.

 View from food court at Mydin Mall

 Pantai Batu Buruk. Sorry I won't put any of edited photos here bcs too lazy to do that. What a lazybump.

 So that's Fariza with her bright smile

 So lepas ni dah tau port mana nak lepak kalau stress study wehuu
I want sexy legs like Girls Generation and curvy body figure like Nana Orange Caramel please weh T.T
Lama tak main lompat-lompat ni haha. Oh, that's Aina my roomie.
Nak dijadikan cerita, tayar kereta flat (takde angin je sebenarnya) masa on the way balik kampus hahahahahahaa. Buat cuak je, dahlah masa tu waktu maghrib. 

Lepas ni kena fokus betul2.  Aku harap sangat sem 1 ni aku dapat score well for dean's list. Nak sangat dapat title dekan tu. It's time to get back on the track. If there's no update, clearly I'm busy studying.

Bye!

No comments: