15 August 2014

Oh my Rayaaa


Haip!

Terlebih dahulu, izinkan saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin. Macam biasa, tahun ni beraya bersama keluarga tercinta di Jelebu, Negeri Sembilan. Takkan rumah mertua pulak haha. Selamat tiba di kampung, first time gua drive kereta manual secara illegal haha. Lesen P belum proceed lagi (by the time I'm writing this, I have already passed my JPJ test weee) Alhamdulillah, first day raya dapat berkumpul berjumpa ahli keluarga besar yang lain rasanya sudah cukup memadai. Untung ibu dan ayah sekampung ni. Tak payah pening nak balik mana dulu. Rasanya nak cari suami sekampung lah senang gitu ahahaha.
Duit raya? First time lah dalam hidup dapat less than RM100. Sadis! Tapi takpe, mungkin rezeki aku dalam bentuk lain. Biasalah bro, dah besar kan. Tapi, I student lagi kot. Haha.



Bersama nenek tercinta. Wan Esah namo eh. Aku tak tahu apa reaksi wan bila dia tahu aku bakal berhijrah ke Ganu sana. "Aposal jauh naa?" sambil buat muka pelik beliau.




cousins.
Not to forget to mention here, raya kali ni memang aku beraya ALL-OUT. Setiap undangan dan jemputan ke open house pasti aku cuba untuk datang. Just imagine, I barely can't spend my raya for almost 3 years. Dulu asal raya je, lepas tu mesti exam. Sejak zaman SPM sampai ke matrik. Kecewa I tak dapat raya macam orang lain. Itulah namanya pengorbanan. Tapi bila dah besar ni, first raya jela paling special bagi aku. Sebab tu aku sanggup berhenti kerja awal, kalau tak memang tak dapat cuti. Tak sanggup aku kena kerja time raya, sadis berganda rasanya haha.




Rumah Cuwada. Baru jumpa sikit ni dah kepoh kemain. Ya Allah rindu gila budak-budak ni. Asyik gelak je manjang. 
At Mdm Yati's crib.
Here are some of my lecturemates. Ya Allah happy sangat dapat jumpa kalian. I miss all of my 232, sangat berharap dapat jumpa semua sebelum daftar nanti.


Kita tumpang Aizat the Polar Bear je naik myvi kuning edisi Bumblebee. Ceh memandai je aku ni. Maklumlah takde lesen masa ni. Sumpah, aku rasa macam balik kampung je dengan dorang, lagi2 bila lagu raya dekat radio. Dari Kajang-Bkt Mahkota-Bangi-Kota Damansara-Sungai Buloh-Kajang. Jauh kan aku beraya hahahahsdfhgkl


At Diyana's crib, Kota Damansara. Rindu my roomie ni!

cousins sebelah ayah. At Nukwam's crib.
Yang ni baru half, the other half lagi tak dapat datang. kau bayangkan another half pun dah macam ni. That's why la kitorang memang tak ada family photo yang proper. sebab ramai sangat haha. but someday I'll create one when everybody's there.

Gambar culik kat instagram gua (ig:iamfizzaa) 

Alhamdulillah, rasanya aku belum habis beraya lagi. Haha. I'm so gonna enjoy my raya to the max. Apa-apa pun, aku minta maaf kepada semua esp silent readers yang mungkin ada baca blog aku. Mungkin ada yang terasa atau sebaliknya, itu bukanlah secara sengaja. Apa yang aku tulis, jujur dari hati aku dan tak salah untuk aku berlaku jujur. Segala yang baik datang dari Yang Maha Esa, yang buruk datangnya dari diri sendiri. Semoga Ramadhan dan Syawal ini bukanlah yang terakhir untukku. :)


No comments: