Proud to be KMS-ian

By the time I'm posting this, my journey of matriculation program has finally ended!
And I am officially Alumni of Selangor Matriculation College.
SYUKUR ALHAMDULILLAH. I just can't describe my exact feeling, only Allah knows.
Dua tahun weh.  Dua tahun aku ulang alik Kajang-Banting. Kawan aku kebanyakannya semua buat program setahun, tapi aku tercampak kat Kolej Matrikulasi Selangor selama 2 tahun.
Tipulah aku tak rasa jeles. Tipulah kalau aku tak rasa tercabar.
Tipulah kalau tak ada orang pandang jelik.
Aku penat nak dengar orang tanya "kenapa ambil dua tahun baik kau ambil diploma"
Tapi ini kemampuan aku. Siapa yang belajar sekarang? Banyak bunyi pulak.

Nak buat macam mana, rezeki aku tak dapat upu. Kalau tak, dah lama aku ambil je diploma. Tapi masalahnya aku pun tak tahu course apa aku nak major. Akhirnya, aku pilih matrik.

Disebabkan KMS ni baru lagi, batch aku adalah batch kedua untuk PDT. Tapi secara keseluruhannya, kitorang batch ketiga, batch ALANG. Kelassss kau nama batch ikut gelaran adik beradik mihmihmih.
Tapi, banyak sangat dugaan dan konspirasi PDT masa tu. Apa-apa pun sampai sekarang aku tuding jari dekat management dan administration kolej (peduli apa aku)

With ex D2M3T2 and present

D2M3T2

Dua tahun itu, ajar aku macam-macam. Erti persahabatan, erti perjuangan dalam belajar terutamanya.
Aku dengan classmates, sangat rapat. D2M3T2, classmates paling awesome aku cakap. ALMOST EVERYTHING kita buat sama-sama. Susah senang kita tempuh dan pulun sama-sama. Sampai lah kelas kitorang kena reshuffle, mostly kena masuk kelas lain sebab PST kena turun masuk PDT. Walaupun ada yang macam tak rapat lepas kelas kena reshuffle, kitorang tetap kawan. Memang sedih gila masa tu, dekat 2 sem dah tetiba terjadinya perkara sebegitu.
 Fadhila Fauzi. My bestfriend, my great accompany. Lepas ni break pukul 9 tak dapat terliur kegeraman tengok Bake with Anna Olson kt cafe sama-sama :')

Aizat Mazlan. Both of us are the awesome gadget's freak!

Walaubagaimana pun, perjuangan mesti diteruskan. Aku pun boleh get along dengan kawan-kawan baru dan rapat sampai sekarang. Praktikum aku selalu dapat first rank untuk subjek Sains Komputer. Sampai praktikum lain pun perasan, kitorang memang rapat sangat. Ya Allah terlalu banyak kenangan aku dengan praktikum ni.

 Projek Tempeh 2.0

 Masa sem 2, sewa kereta, Ummi drive outing ke Putrajaya! Best gile time ni.

Farah Najihah Abd Hadi, my story mory partner during sc comp. practical. Ingat best buat programming bersengkang mata ngadap monitor je? Haha

Dengan roomates pulak. Masa first year, aku tak rapat sangat dengan roomate macam yang sekarang. Mungkin sebab masa tu roomie aku semua first time duduk hostel termasuk aku. So to adapt ourselves with hostel life was a little bit hard I must say. Tapi dah lama-lama kitorang okay je. Tak pernah pun bergaduh. Sekarang semua dah sambung degree.

Second year, roomies aku paling sayang lah. Lejen of AP2-TG-20. Depa ni semua  PDT course sama dengan aku. I couldn't imagine we became too close because we shared almost everything together. My gossip partners, my study clique, stay up sesama ah banyak lagi lah woi tak tahu nak cakap macam mana. Rindu nak tidur sebelah Irrma, membebel dekat Diyana the Chicken Hunter dan sesi luahan perasaan dengan Syera. We even have our room theme song, In the Rain by BEAST. Actually kitorang tak layan kpop pun. Tapi sebabkan virus short drama 20 Years Old, maka OST cerita tu jadi lagu kegemaran haha.

Paling tak tahan, kacau budak yang lalu sebelah bilik kitorang. Disebabkan bilik aku ni bilik ground floor, kadang-kadang selalu dengar orang panggil nama kawan dari bawah. Tahap nak mengacau orang tu sangat intense bila stress time study heheheh.

Kitorang start buat kerja berfaedah ni masa ada orang start panggil nama Ayu.
"Ayu! Ayu! Kau kat mana?"
and we will be like "aku kat sini!"
"Kat mana??"
"kat sini lah kau tak nampak ke?" 
  
Lepas tu menyorok muahahahahah!
Sebenarnya bukan masa tu je tau, banyak kali kot. Sekali tu masa dinner blok, kitorang terdengar ada orang panggil nama AYU.
Surprisingly, we finally met her personally! We were laughing so hard, she keep asking us the reason why we were laughing at each other. Ayu is very friendly and talkative, so I know she don't mind at all because she laugh too! We didn't tell her the reason why we wanna take some photos with her on that night until one day,
Syera and me bumped to her, we decided to tell her the truth. And she was like "Lah ye ke kak? hahaahahaha" and continuously laugh.
And here's Ayu~ (beside the pink Diyana)

For the second one,
Ada budak cina tu panggil kawan dia. "Siew Ling! Siew Ling!" 
kitorang pulak yang jawab
"Wacatao!" "Ni hao ma?" "Wo Ai Ni!!"
sekali tu budak cina tu menyahut "Haaaaaaa???" 
Lepas tu menyorok HAHAHAAHA. Jahat kan kitorang. Bila dah stress belajar, macam tu la jadinya.


That's so unforgettable memories.

To lecturers, my lecturemate D2M3, my fellow classmates D2M3T2, my lovely roomies Syera Irrma and Diyana, all of my friends, thank you for the memories. Tears started rolling down on my cheek, especially during Madam Fairuz's last tutorial. It was gloomy for a while when she gave us Surah Yaasin as memory that will stay and never fade away. Deep sangat ayat tu madam.

 Pose ni dah macam trademark kelas kitorang. Aku lah pencetus benda-benda tak berfaedah ni HAHA

Kuliah D2M3

Aku harap, kita semua jadi orang yang berguna pada masa depan. Kita kabulkan impian kita, kedua orang tua kita dan keluarga. Asal tercampak mana sekalipun, kalau pandai bawa diri, insha Allah berjaya. Semoga ukhuwah ini sentiasa utuh dan kekal sehingga Jannah.

Sayang hangpa! Gonna miss you all. Proud to be KMS-ian.


Yeay cuti!


Comments

Popular posts from this blog

Backpacking in Penang 2016 | #4CrackheadsInPenang Day 1

Backpacking in Penang 2016 | #4CrackheadsInPenang Day 2

Backpacking in Penang 2016 | #4CrackheadsInPenang Day 3