The absolute piece of shit

Assalamualaikum.

Sumpah aku rasa aku macam ayam sekarang.

10.00 pagi, aku dapat mesej dari classmate mengatakan 10hb perlu pulang ke markasku.
10.45 pagi, aku call HEP, satu organisasi yang boleh dipercayai dibawah naungan seorang murabbi yang tersohor untuk bertanyakan isu yang mendapat perhatian di timeline Twitter aku.
"Daftar KMS 10 Jun ni, dah tukar ya Puan"

Lega.

1.30 petang, classmate tweet kembali ke markas pada 3 Jun. Screen capture email dari lecturer ditunjukkan sebagai bukti yang sahih.
Kawan aku juga post status di fb, mengatakan benda yang sama dari murabbi itu.

Speechless.

Namun aku masih lagi tak percaya.
Call lagi HEP. Kali ni aku nekad menyamar jadi Ibu aku. Aku ungkit balik segala tindak tanduk pihak matrikulasi yang entah apa-apa, penukaran tarikh daftar yang boleh buat umat PDT menjadi gila seketika.
Dan penempatan lelaki dan perempuan dalam satu blok.
Katanya tak bahaya, puan.
Nasib lah aku menyamar jadi Ibu. Dah kakak tu panggil aku puan. Jadi nada suara tu lain daripada yang lain.
Aku ni pernah duduk kolej tu setahun woi, wing depan blok aku boleh nampak penghuninya memang jelas terang dan nyata. Siap boleh jerit2 lagi tanya soalan tutorial (roomate aku penah buat macam tu). Boleh nampak budak berkemban.
Boleh kau kata tak bahaya?
Aku hampir memaki beliau, tapi dia bukan kementerian. Kakak tu cuma pekerja dibawah arahan je. So please get back to your sense.

3.35 petang, announcement dekat website mengatakan 3 Jun.

"Ado jugak kolej yang nak den bakar bunga api macam senior semester lepas buat dulu," bisik hatiku.

Isnin ni aku pulang ke markasku semula.
Hancur plan aku untuk minggu last ni. Hancurrrr.
Plan nak lepak dengan jejemah dan jejongang berkecai.
Tak tahulah sempat ke tak nak cover The Moon Embraces The Sun.
Tak tahulah sempat ke tak nak cover The Best of Me by Nicholas Sparks.
Aku rasa aku dipermainkan, diperkotak-katikkan.
Aku rasa..
Aku rasa
ZzZzzzZzzzZzzz

Yang aku tak paham kenapa susah sangat nak decide the exact date of our registration.
Cambangang.
Tengok aku dah mencarut. Aku tak suka mencarut2 ni, rasa macam bukan diri aku.
Ni setan namanya.

Entahlah. Ini semua gelabah ayam.
Aku tak tahu la apa nasib diperkotak katikkan sebegini rupa woi.
Ya, kitorang PDT. PDT jerrr. Dah terasa dan biasa di anak tirikan ni.
Apalah sangat kitorang ni kan.
Kalau rasa kitorang ni menyusahkan, jangan wujudkan program 2 tahun.
Jangan lah sembarangan perlekehkan budak2 PDT ni.
Ramai je yang hebat aku tengok daripada PST tu. Ada certain memang berlagak gila rasa nak cekik ah!
Cuma tak bernasib baik. Allah uji kitorang dengan dugaan macam ni.
Mungkin ada hikmahnya, siapa tahu kan?

Dahlah, aku penat.
Aku cuba husnuzon dengan pihak kolej dan kementerian ni.
Aku kena cuba, sebab tempat aku menuntut ilmu.


Sakai ayam.



Comments

Popular posts from this blog

Backpacking in Penang 2016 | #4CrackheadsInPenang Day 1

Backpacking in Penang 2016 | #4CrackheadsInPenang Day 2

Backpacking in Penang 2016 | #4CrackheadsInPenang Day 3