140513 Misi The Jemah's - Broga Hill

Assalamualaikum

Hari Selasa lepas aku dan geng jemah kaki gossip (amboi kemain lagi nama) mendaki Bukit Broga.
Serius kali ni awesome gila sebab dengan ex-saas, kawan hingusan sekolah menengah.
Dekat setahun jugak lah tak jumpa depa, masing2 further study kat matrik dan uni.
Kebanyakannya budak pengakap, haaa memang terubat lah rindu nak hiking and camping masa muda-muda dulu. Plus, I could spend my time with Yobo the Camera. :3
So, we decided to make a gathering at Broga Hill, approximately about 15 minutes from Kajang.
Ni kali kedua aku pergi sana, tapi first time naik pukul 5 pagi! Orang pun tak ada sangat sebab bukan hari cuti. Semangat weh bangun 3 pagi semato-mato nak Subuh kat sana dan tengok sunrise.
Let le unedited photo's speak, shall we?

 Ph credit to Ejil
Sesape nak daki waktu pagi buto macam kitorang, makan sikit sebelum mendaki tu. Karang ada yang pengsan sebab aku tak bagitahu kat sini :3. Kat rumah wa makan roti dengan susu. 
Masa nak tunggu diorang, wa disogokkan dengan sandwich, sebab tu muka semangat gila menyuluh jalan HAHA. 
Jangan lupa bawa torch light. Jangan jadi macam aku, bawak torch light cahaya memang tahap romantik gila walaupun dah tukar bateri. 
Kat sana dari parking lot bawah kelapa sawit sampailah atas sana memang tak ada lampu langsung. Korang jangan tertipu pulak dengan gambar, ni terang dek flash camera tauuuuu. 
Yang ni muka-muka first time naik. Photo credit to Ejil the cousin

45 minit kemudian untuk sampai 'tingkat' 1. Bukit ni ada 3 kawasan rata yang berlainan ketinggian. kalau tengok dari jauh bukit ni macam kena gondol. IT WAS REALLY A BREATHTAKING VIEW, I TELL YA.And the most awesome experience is I've got the chance performing my Subh prayer there. Can't describe more, you should give a try!

Credit to Aida for the sunrise shot

I am fearless.

Loving the silhouette
Lepas dah bergambar sunrise apa semua, moh le kita gerak ke tingkat 2 pulak ok. I don't know what is da appropriate word for 'tingkat' bagai ni haha.

Walaupun penat, masih tetap tersenyum. Sebab ada camera. Haha!
Akhirnya dapat jugak jumpa si Dibah ni haa. Budak minat seni fotografi ni, semoga impian kau tercapai nokkk. Dah tua dah haha :p

Everyone, it's selca time!

First time pergi aku tak naik sampai sini sebab ramai gila orang. So pergi kali ni memang aku nak sampai puncak tu jugak walau apa jua cara sekalipun haha.
Cat dah hulur tangan tu. Budak ni tak tahu merengek nak apa, malas nak layan.

Kitorang ni bila sampai je tempat lawa mesti nak tangkap gambar. Well, biasalah apa guna ada camera kan. "Korang ni dah buat macam R&R aku tengok" bhahaha power ayat kau Acap.
Yayyy dah sampai puncak! Alhamdulillah.
 Lepas tangkap gambar lepak2 dekat atas, perut masing2 meronta-ronta mahu diisi. Lalu kami pun turun dan menuju ke kedai kat Semenyih untuk bersarapan pagi.
Bajet retis gila yang tengah tu.
Oh ya ni kat Sungai Tekala. 
 Kau tengoklah budak lelaki kemain tak ingat dunia mandi sungai. Kaum hawa mampu menghayati ciptaan alam, mother nature kononnya, dalam hati mengamuk nak mandi tetapi apakan daya.
Yang ni release tension tak dapat mandi. Lagi2 komander kita tu ahaks!
 Saya tunangan orang.
Tak payah nak tunangan orang sangat lah, boipreng pun takdak. Puihhhh

 Ini geng KMNS

 Another awesome, happy and wonderful moment with them. Walau korang jauh mana tercampak sekalipun lepas ni, harapnya dapat lepak macam ni lagi. Jangan lupakan aku tau haha.
Ukhuwah fillah abadan abada :)

And last but not least,

Kamilah mafia Kajang. Tiba-tiba bergwiyomi pula.


Comments

Popular posts from this blog

Backpacking in Penang 2016 | #4CrackheadsInPenang Day 1

Backpacking in Penang 2016 | #4CrackheadsInPenang Day 2

Backpacking in Penang 2016 | #4CrackheadsInPenang Day 3