06 February 2013

Obsession or Passion?

Cuti mid sem kali ni memang cuti paling boring. Balik-balik mengadap tuto, ke dapur kejap, Twitter sat, Facebook bosan, Instagram sat, Running Man sat, dan blog pula macam tak ramai yang update. Nak berjimba, elaun belum masuk. Yeah, somehow allowance could be the first world problem act.

Online lah sampai pengsan pun, dah tercampak kat Banting nanti memang haramlah nak merasa benda-benda tu semua.

Do you have any kind of obsession, such as clothes, fashion, shoes, books, albums, drama, One Direction, Twilight, Kpop, celebrities and so on?

Selalunya obses thingy ni pada aku takkan bertahan dengan lama, walaupun hero Korea muehehehe :DD Tapi ini bukan obses, MINAT je. Kalau obses, aku takde lagi lepak kat rumah sambil menaip entri ni. Mungkin sudah berada di Korea barangkali. Aku minat tengok diorang berlakon je, di samping rupa yang sedap mata memandang tu haha.

 Park Yoo Chun.

Song Joong Ki

Boleh kata rupa diorang berdua ni macam inspirasi aku lah untuk future ehem nanti. Wah wah wah high taste gila aku. Biasalah, manusia dengan berangan mana boleh dipisahkan. Haa, ala-ala peribahasa gitewww. :3  All of sudden, Aizat's quote popped out in my mind

"Perempuan selalu obses dengan lelaki yang dia takkan dapat" 

Sentap weh, sentap. Walaupun aku tak obses, tapi aku suka kot. Ah, tetap sentap!

Berbalik kepada tajuk di atas, apa kaitan antara minat dan obses? Kalau obses, terlalu fanatik sampai memakan diri. Selalunya aku akan letakkan boundary between me and my passion walaupun aku study dekat kolej yang menggunakan Beyond the Boundaries sebagai slogan kami -.- Katakan kalau aku nak sangat jumpa B.A.P tu kan (one of the kpop celebs)  lepas tu aku sanggup mengaku aku ni memang datang dari Planet Matoki (Matoki is a bunny and B.A.P's trademark) padahal jadah matoki tu tak wujud pun. Kalau wujud pun mungkin terkeluar dari Milky Way barangkali. Waallahu 'alam.

Aku tak kisah kalau orang nak cakap apa pun. Biasanya kalau kita cerita pasal Korean drama, orang mula cakap eh obses bak hang dia ni. Korea korea korea muntah hijau wei! Wa rilek je, sebab I know my limit. Saje bagi cerita tu gempak sikit, baru orang 'eager' nak tengok kan haha. Minat tu tak salah. Cuz everyone has their own passion right? Tapi, berpada-pada dan beringat-ingatlah lebih-lebih lagi benda-benda yang melaghakan. Sebab orang kalau dah obses dengan sesuatu tu, macam-macam benda boleh jadi. Watlek watpeace sudahhh perghhh rempit tak haku?

Some of my classmates started to call me as Kak Kek Lapis or Miss Stripey as well as they saw this,
Har har har.

Stripes tu macam cantik je aku tengok kalau kena dengan warnanya, kalau dah berkenan tu tak boleh nak buat apalah kan. Just because of one of my classmates told me "Pija memang suka stripes eh?" and I was like, "Err, not really". Bila aku bukak loker aku, baru aku perasan aku ada banyak koleksi bercorak stripes ni.

"Ehhhhh yelah, aku sendiri pun tak perasan" jerit hatiku.

Mesti assume aku obses dengan stripes lettew. Tak la, aku sendiri tak perasan aku banyak koleksi stripes ni so what do you expect then? Haha.

"Kau ni dahla tinggi, pastu pakai corak stripe ni ha lagi tinggi aku tengok" kata seorang hamba Allah. Well, I'll take it as compliment. Stripes is not a big deal for me muehehehe. Kalau corak jalur itu menegak, sesuai utk orang yang rendah kalau nak nampak tinggi. Sebaliknya untuk yang berbadan besar, seboleh-bolehnya elakkan memakai pakaian bercorak jalur melintang. #FashionTips.

Jah, kau tak payah nak fashion tips sangatlah. Ke laut sungguh. -_______-



No comments: