Behind the bright smile,

Assalamualaikum.

Cuti lagi beberapa hari je bakal melabuhkan tirai. Eh macam terlalu awal je aku post pasal sem break dah nak habis haha. Dekat rumah boleh makan macam-macam, terbongkang sesuka hati, tengok tv dan yang penting berapa hari entah aku tidur pukul 1 lebih semata-mata tengok drama Korea dan Running Man! It's a must variety show I need to watch. :D

3 minggu kot aku cuti, rasa memang heaven habis lah. Aku pelajar matriks Program Dua Tahun (PDT), MUET aku Sem 3 nanti sebab itu lah boleh balik awal sikit dari budak2 PST. So,adik2 lepasan SPM 2012 ni, kalau berhasrat nak masuk Kolej Matrikulasi Selangor maka aku jadi senior korang tahun depan hehe. Sila undi akak untuk JPP tahun depan. *tangan ke dada mata ke atas*


Bakal-bakal senior korang kay hehehehe
Photo credit to Aizat

Sebenarnya, aku pernah juga terfikir untuk keluar matriks. Sambung buat diploma walaupun 3 tahun, takpun buat STPM walaupun pakai baju sekolah? Entah, sebab aku rasa macam takde beza je kalau aku masuk matriks 2 tahun ni. Diploma belajar relaks sikit. Kawan2 aku ramai asasi dan matriks PST, kadang2 tu aku rasa macam down juga lah kan? Yelah, diorang mengadap kolej tu setahun je even they're in hectic situation, bulan 5 dah boleh berjimba, bulan 9 atau 10 tahun depan dah sambung degree. Sekejap je. Aku ni dua tahun kena mengadap Banting, 4 sem pula tu. Memang betul2 kena survive. Terus terang aku katakan, matriks macam sekolah sikit haha. Rules yang lelain aku rasa okay kot? Yang paling tak tahan, aku didesak pula oleh beberapa hamba Allah yang suruh aku sambung diploma bagai. Buang masa lah matriks ni, katanya.

Sebab sijil matriks katanya tak boleh guna untuk cari kerja. Memanglah tak boleh guna sebab matriks/asasi ni dah design untuk program fast track satu atau dua tahun dan tak ada course tertentu, lepas tu terus masuk degree. Aku malas lah nak berdebat lagi pasal benda ni, jadi aku mampu diamkan diri. Lainlah kalau diploma, untuk sesiapa yang nak terus bekerja lepas belajar di usia yang muda. Tapi kebanyakan lepasan diploma sekarang pun terus sambung degree lebih kurang 2 atau 3 tahun macam tu. Sebab sekarang susah juga nak cari kerja dengan kelayakan yang ada.

That's just my opinion.

Tapi aku buang semua persepsi  hamba-hamba Allah tentang perkara ini. Eventhough I've low self esteem about it, I'll make sure that my current choice is not a big deal for me. 3 bulan sebelum mid sem exam aku cuba sesuaikan diri. I did survive myself a lot because I have my only cousin and lack of my high school friends there. Sangat menyedihkan ok? Kau bayangkan lah, kawan2 time sekolah dulu lenyap dari pandangan once I step myself at the college. Masa tu memang rindu gila nak pergi sekolah balik. I sedih juga rasa bila kawan2 matriks lain update Twitter bergambar beramai-ramai, geng I pula tu wuwuwuww T_T Lama kelamaan, Alhamdulillah. Allah mendengar doa aku untuk menjadi orang yang lebih tabah dari sebelumnya. :)

Aku pernah persoalkan juga, kenapa aku tak dapat apa yang aku nak? Kenapa aku tak sama macam kawan-kawan aku yang lain? Kenapa nasib aku macam ni? Sampai begitu sekali keluhan aku.

Sebab apa? Allah dah ciptakan setiap perjalanan hamba-Nya itu pasti berlainan. We are maybe the same, but we are still in the different stories and different journey. Jadi, jangan persoalkan kenapa aku tak sama dengan dia. Kenapa nasib aku begitu dan begini? Kenapa dan mengapa Ya Allah sambil meraung keinsafan (tu dia hiperbola). Life has ups and downs, right?
Jangan sesekali menoleh ke belakang kecuali kalau ada orang panggil korang. Ok tak lawak *bunyi cengkerik*

(To the Beautiful You, 2012)

Let's continue. Buat apa nak bersedih pasal perkara dah lepas? Tak salah pun kalau kita nak menyesal sampai menangis keluar air mata darah sekali pun. Mungkin kesilapan diluar jangkaan kita, tapi percaya lah, Allah dah tetapkan benda tu pasti akan berlaku dan ada sebab mengapa ia berlaku. Kun fayakun. Saat itulah korang akan terfikir ayat klise yang berbunyi "Setiap perkara yang berlaku itu pasti ada hikmahnya"

Benda dah jadi, lain lah kalau korang ada kuasa untuk putarkan balik masa lalu. Apa uolls ingat ni Running Man? -.-

So, I decided to continue my studies in matriculation instead of wasting my time to find another college that requires me to make ptptn loan and stuffs. I've my own goal, I know what I need to achieve and I have MY OWN JOURNEY. Be grateful, at least you've got one rather than your peers out there are still waiting any offer to further their studies. At least you've the chance to study, compare to our relatives in Gaza who are currently struggling for their life. #PrayForGaza

p/s: I wrote too long, emo katakan. Keke

Comments

Popular posts from this blog

Backpacking in Penang 2016 | #4CrackheadsInPenang Day 1

Backpacking in Penang 2016 | #4CrackheadsInPenang Day 2

Backpacking in Penang 2016 | #4CrackheadsInPenang Day 3