17 September 2012

#42 Paper Plane

Assalamualaikum. 

 Quoted by one of  my friend.

Forget about the hectic days in my daily college life. I'm home now, about to reduce my stress through writing. Ya, dengan menulis bagi aku semua settle. Tulis assignment bukan release tension, itu suatu bentuk penyeksaan kepada tangan yang di paksa oleh nervous system untuk menulis. Tangan dan mata perlu kerjasama yang utuh bagai aur dengan tebing. T_T Kalau dekat kolej memang mustahil nak update blog kesayangan. Sebelum berkuak lentang atas katil yang tertera Hak Milik Kerajaan Malaysia, aku mesti tulis dulu atas kertas, dinding, sepatah perkataan pun jadi lah.

Something. Just. Came. Up. 

Dulu lah, kita mungkin boleh suka sama suka, like puppy love these days till and shit happens. Lol. But, we're not a lovey dovey couple. Totally no-no. Sekarang, entah. People change, so do I. No, I mean both of us. Sebab kau pun berniat nak 'ikat' dia, parents korang pun dah tahu so I just move on. *flips tudung bawal* Whaddaya expect? Aku orang ketiga dalam cerita ini. She’s too perfect for you even though nobody perfect in this world. Korang pun kawan dah lama, parents pun dah tahu dan aku? Guess what I’m really happy seeing both of you together. Tak ada secalit rasa kecewa dan tak ada maknanya angkat bendera putih bagai and pakai baju bertulis 'I'm surrender,oh kejamnya dunia" -__-
Okay sangat lifeless kalau buat macam tu. Cuma jangan terlalu berharap dengan aku pula kalau bukan jodoh kau dengan dia. Like Taylor Swift says, "We are never ever getting back together"

 "Kau tak nak cari ke?" 

Pertanyaan kau. Aku bukan tak nak cari. Ingat aku suka hidup tengok crush dekat kolej  nampak dia berjalan dengan perempuan dengan tak pergi solat terawihnya sambil makan kerepek sama-sama. Okay terus aku reject. Peristiwa (amboi tragik sangat ni HAHA) ini juga buat aku sedar, Allah menyelamatkan hamba-Nya yang lemah ini dari terjebak dengan couple bagai ni. Allahu rabbi :’) Ada hikmah mengapa aku masih belum lagi jumpa lelaki yang sebetulnya menjadi peneman hidup atau jodoh aku buat masa sekarang. Mungkin masa degree nanti. Or in my working phase someday. Atau mungkin ibu dan ayah yang pilihkan? *bunyi cengkerik* Di sebalik wajah suci lagi murni ini, aku sangatlah malu tahap petala ke tujuh agaknya untuk mengusha warga homosapien lelaki di kolej aku. Tapi kalau dengan classmates aku, diorang mungkin jadi mangsa sarcasm aku setiap hari sebab aku tak berminat pun dengan diorang hahaha.

Banyak benda yang aku nak buat lagi dalam hidup ni. Banyak benda tak tercapai lagi. Jasa ibu dan ayah pun belum terbalas lagi. PSPM Sem 1 pun belum lepas lagi woi haha. Have a good carier, finance stability, travelling around the world especially Korea are included in my wish list. So here I am, gonna achieve my dream. Bak kata lecturer Chemistry aku, Live Your Life! dan aku tambah, To The Fullest!


Whatever it is, you are my very best friend till eternity :)

p/s : Wish me luck for PSPM, bebeh. 4 flat!

2 comments:

nur farahin binti sulaiman said...

mcm sedih !
kak frh jgn kapel. sbb kak frh dah lalui.. frst tme n last.. xmau dah..

Fizah Mohd Ali said...

Sedih? Entahlah kak. Fizah just move on je, banyak benda lain boleh buat dalam hidup ni. Haha.