A week in KMS

Assalamulaikum peeps.

Aku baru pulang dari Kolej Matrikulasi Selangor (KMS) seketika selepas orientation week berakhir dengan jayanya. Ramai gila pelajar dia lebih kurang 1800 macam tu. KMS sangat B-E-S-A-R. Banting P-A-N-A-S gila. Orientation week sumpah best, tapi biasalah, sucks, hell, kena raging, semua ada. Janji lepaskan untuk tidur awal, last2 pukul 2 jugak aku tidur, bangun pukul 4. Haha. So macam-macam benda lah berlaku dekat sana. Masa first day aku sampai, memang berdebar jugak la sebab kena cari kawan baru kan.

Ex-SAAS yang lain semua datang lambat, aku sampai awal jugak la sebab nak elakkan jammed tu. Tapi pukul 8.30 aku sampai beratur masa pendaftaran pun dah panjang gila. And I met a new friend, Khaleeda or Kay. She's from Petaling Jaya. Quite nice, boleh ajak sembang, overall okay lah. Lepas settle pendaftaran, jumpa ibu dan ayah, ambil barang dalam kereta. Room mate aku sorang India, namanya Jeya. Aku tak racist okay, boleh je masuk dengan mana2 bangsa pun. Lagi sorang budak Melayu, Sabihah dari Dungun, Terengganu. Dia pendiam, tak banyak cakap. Sampai satu tahap aku rasa dalam bilik tu aku dengan budak india tu je duduk dalam tu kot -_-
Macam alien kan gambar ramai2 ni? haha. Yang specky tu Fatin, almost 2 years we haven't meet each other

Ada banyak cerita lawak masa orientasi. Masa first day riadah, emcee buat announcement,
"Kita ada surat beranak original yang tercicir disini. Kepada Asnah....eh Asnah tu nama maknya," pastu budak2 ni gelak-gelak lah hahaha.
Aku nina dengan Eli macam pelik je, "Eh tu bukan mak Aboy ke?" HAHAHAHAHA bantai gelak dekat situ jugak. Entah macam mana tercicir aku pun tak tahu.

" Saya beri masa awak 30 saat untuk tangkap gambar apa yang ada dalam dewan ini " kata En. Azra. Ini lah hasilnya haha.

Yang kedua, budak PDT ada sesi interaksi dekat dewan kuliah besar 2. Aku tercari-cari si sepupu aku ni, Ejil sebab aku tak nampak dia yang selalu dengan Sufri. Aku terus text dia.
"Weh kau kat mana skg?"
"Antares lah. Haha. Bhgian depan belah kiri lelaki haha" *dengan yakin lagi bergaya reply text aku (Antares tu dewan besar, sesi budak PST)
"Weh kau pdt kan?"
"Yup" *dengan yakin lagi
"Weh asal kau masuk antares? PDT kat dewan air cond semalam tu la HAHAHA"

Lepas tu, sesi ceramah kitorang ada break kejap. Aku dengan Shafiqah pergi bangunan pentadbiran nak ambil borang tukar modul (tapi aku tak tukar pun). Bangunan tu bersebelahan dengan Dewan Antares. Aku dgn Shafiqah terdengar budak2 PST menjerit dengan semangatnya,

"4 FLAT! 4 FLAT! 4 FLAT! 4 FLAT!!"

beberapa minit kemudian...

"HAHA, AKU SALAH MASUK. BARU TAU KOT."

HAHAHAHA!!~~ bergelak ketawa lah aku dengan Shafiqah.

"HAHA KAU JOIN LA DIORANG TU JERIT2 4 FLAT BAGAI APA SEMUA. PDT START TAKLIMAT PUKUL 10.35"

Then, baru lah aku nampak dia dengan aset cutenya iteww masuk ke dewan budak pdt sambil tersengih-sengih dekat kitorang. Aku apa lagi, gelak lah. Muahahahaha nakalnya kau.

Ketiga, aku pulak. Hari Rabu, satu bilik aku bangun pukul 5.15 pagi, padahal nak kena berkumpul dekat perkarangan tu pukul 5.15. Hah acano tu? Rembat jelah apa yang ada, gosok gigi bagai lepas tu tersengguk2 masa kuliah subuh adalah satu kemestian. -,-

Hari Khamis, tak keterlaluan kalau aku katakan lagi dahsyat, tapi memang dahsyat pun sebenarnya. Kitorang bertiga bangun pukul 6.45. Hahaha hebat bukan? Masa tu aku tak fikir apa dah, gosok gigi, ambil wuduk, solat dalam bilik. Si Sabihah masih lagi blur-blur terus buat benda yang sama. Jeya call kawan dia, non muslim semua dekat astaka. Semua dah cuak. Aku suruh Jeya pergi dulu, nanti kantoi dengan akak fasi. 
Fyi, kakak-kakak fasi semua garang sebab setiap hari blok kitorang buat hal. Maklumlah kebanyakan tak pernah duduk asrama, ada je yang tak kena. Tinggal lah aku dengan Sabihah, yang sibuk call kawan bukan nak fikir cara nak escape.
 Jeya pula nak beritahu kak fasi yang kitorang bertiga dah lambat. Eh jujur lagi tulus pulak dia ni kansss. -__- Dalam fikiran aku, kalau akak tu tanya kenapa kitorang tak pergi surau, aku terpaksa menipu, katakan bahawa kunci bilik tercicir dekat bilik air. Ok aku tahu alasan aku hebat. Haha

Masa nak turun tu aku ternampak 2 orang kakak fasi tengah ronda duduk dekat wakaf dekat bawah. Very close to us. Kebetulan, budak2 lelaki dari surau dah bergerak ke astaka yang tak jauh dari tempat aku. Inilah peluangnya! HAHA. Aku tunggu budak perempuan, kebetulan diorang ikut belakang lelaki, masa tu jugak kakak fasi tu pergi dekat rombongan Mak Jemah beramai-ramai berjalan ke astaka tu. This is it! We have to escape now and finally we did it! Sila bangga dengan diri sendiri :D
Lepas dari kejadian tu, mungkin Allah nak tunjukkan, Sabihah baru nak berkenalan dengan aku dan Jeya, bercerita apa semua. So, my roomies pun macam dah okay. KOT.
" Saya beri masa awak 1minit untuk tangkap gambar apa yang ada dalam dewan ini " kata En. Azra lagi.
Me, Syiqin, Aboy and Ejil otw to Kajang! Oh I miss Kajang so bad :|

Pratikum aku D2M3T3. My tutor mates are awesome yo! Mula-mula biasalah malu, bila dah lama2 semua boleh sekepala dengan aku. Ain, Diyana, Dila, Ekin, Shu,Faz, Nadiah, Aizat, Alimin dan Adib (playboy dia mengaku seorang yang serius, sumpah tak tahan serius hapenya --") Orientation week was hectic as ever. Tapi bila teringat balik, macam best pula. Kena raging tu tak tahan, sebab one of the girls had lost her manners to our fasci. Macam aku tak pernah duduk hostel, tapi kita kenalah belajar kejar masa apa semua kan. Tunjukkan diri kita boleh urus diri macam budak yang dah pernah duduk hostel dulu. Tak guna juga kalau pandai, tapi semua nak bergantung harap dekat orang lain. Apa-apa pun, perjalanan aku sebagai pelajar pdt masih jauh lagi. 2 tahun beb. 4 flat dalam genggaman, insya Allah! Doakan saya ya comels sekalian ahaks :D

Apa yang kita fikir, cakap, rasa dan buat, itu semua adalah doa - En. Azra.

Comments

Popular posts from this blog

Backpacking in Penang 2016 | #4CrackheadsInPenang Day 1

Backpacking in Penang 2016 | #4CrackheadsInPenang Day 2

Backpacking in Penang 2016 | #4CrackheadsInPenang Day 3