Ep. 4 : Saya dan Kerja (final)

 #np Maroon 5 ft Wiz Khalifa - Payphone

Teringat dulu masa masuk Czip Lee. Raut wajah yang suci bersinar-sinar (gila hiperbola) nak minta kerja. Jumpa sorang minah ni memang kerek dari paras rupanya, Kak Das ;p. Aku dengan Pika dapat kerja tingkat atas, buku berlambak-lambak, customer ramai gila beli buku masa musim 'back to school'. Met the staffs there, Kak Rani, Kak Vic, Kugan, Ako Jon dan Enal. Lepas tu Pika kena masuk kaunter bawah sebab tak cukup orang. For the first two months of working, I've met awesome workmates, fooling around with them like crayyyzie to the max. However, I still a little bit frightened to my boss, Uncle David. Dia tak garang, cuma aku je yang takut sebab hormat dia je sebenarnya --". Aku cuma bercakap dengan dia kalau ada hal yang berkaitan dengan kerja je. Nak lepak-borak-gurau senda, memang tak ada maknanya. -,-
Aku, Bah, Kak Das.- time ni Pika dah cabut masuk Parkson

Masuk bulan 3, aku dan Pika tekad nak berhenti kerja nak cari kerja lain. Alasan, gaji macam tak best,dah bosan, nak cari pengalaman lain. Sanggup tawaf satu Parkson cari kerja kosong. Malu tak malu terpaksa ketepikan, lagi pun diorang memang nak pakai orang jadi part-time promoter brand masing-masing. Aku dapat dekat Sembonia. Promoter aku, Kak Nik baru je pindah Kajang dari Sogo KL. Dia best jugak. Suka mengadu domba dekat aku pasal boyfriend dia, tapi dia best. Kira boleh masuk la dengan dia, gegila macam aku jugak. Overall, the creepiest things I don't like about Parkson was their rules and a few of annoying staffs. Sorry to say this. Promoter ada yang kaki ngumpat, makcik cleaner mulut longkang, suka bawa cerita dan kurang ajar. Nasib baik aku ada promoter sebaik Kak Nik, dia jenis tak ambil port sangat. Seminggu kerja, ok la. Bila dah lama-lama, aku jadi bosan. Mana taknya, kena berdiri lama-lama. Rasa letih mengular kejap dekat stor tak pun pergi brand lain. Dekat Parkson aku jumpa kawan baru.
Nam, Keerthi, Farah, Farah kecik,Iskandar,Acik Jie, Fatin ex-saas, Faiz dan ramai lagi la. Yang best kebanyakannya sebaya je haha.
Farah dan Fatin tu memang geng aku pergi rehat, surau. Tapi tak selalu rehat dengan diorang sebab aku selalu masuk kerja pukul 6 ptg-10 malam. Jadi 4 jam jela kerja. Maka gaji aku pun sikit dari CzipLee, tapi dapat punyalah lambat. Bayangkan gaji bulan 3 dulu aku dapat 23 April, sepatutnya aku dapat 15 April. Itu memang salah satu rules yang paling aku tak suka dan merupakan alasan yang kukuh untuk aku keluar dari situ HAHA :p
Thanks Sarah sebab belanja aku mekdi time dia last hari tu :D

April 2012. Aku masuk Czip Lee balik. Wakakakakakakaka sila gelak 6 harakat. Masa aku masuk tu pun aku macam malu gila dekat bos aku padahal aku tahu dia macam gelakkan aku. Malu? Terpaksa ketepikan sebab aku sendiri nak masuk balik, rindu sana padahal masa nak keluar kemain tak sabar gilo. Lagipun aku dan Pika dah inform dekat Kak Das masa dia datang melawat aku (kononnya) dekat Parkson yang aku nak kerja Czip Lee balik. "Kedatangan korang amat dialu-alukan" Wah terima kasih sebab sudi terima aku balik kerja dekat sana. Terharu ni :'). I know they miss me too haha :DD First impression about Kak Das "Dia ni sombong gila oh" HAHAHA sorry kak ;p. Kak Das sebenarnya baik walaupun dia annoying sikit sebab suka buli aku, panggil aku TL=Tahi lalat. Eghh haha. Kak Laila pula, pernah marah aku sekali (read my previous post, its about her act. Tapi kitorang dah baik dahhhh!) Dia cute,dia manja dengan semua orang. Dia dikategorikan sebagai OKU, ada masalah pendengaran sikit. Kalau dia tak dapat catch up dengan gerak mulut customer, dia panggil aku. Lepas tu muka customer mesti bengang je, aku pula yang explain dekat diorang. -_-
via Kak Laila's Samsung Galaxy Tab.

Kerja dekat cashier, memang best. Dealing with annoying customer, again --". Nahhhh. Start dari situ, aku jadi rapat jugalah dengan staff tingkat bawah, terutamanya Kak Das dan Kak Laila. Aku ingatkan Uncle Chen (ayah uncle David) dan Uncle Boon (pakcik uncle David) tu garang. Tapi, selalu juga usik kitorang. Ada sorang staff ni nama dia Kak Vasantha, berumur 40 tahun, belum kahwin lagi. Kalau korang panggil dia makcik, memang dia pandang kau atas bawah buat muka tak puas hati sebab aku pernah kena. Dia jenis muka tak ada perasaan,sebab bila aku dengan pika buat lawak, dia mesti cakap dengan tak ada perasaan. Sejak kerja bawah ni juga, kitorang selalu kacau dia lepas tu dia pun dah boleh get along dengan aku dan Pika. Sampai satu tahap tu dia buat lawak lepas tu gelak sendiri. Haha. And yeah, I dont know where I have the guts to approach my own boss. Uncle David sumpah best gila. Dia kelakar. Pika cakap dia cute LOL ;p Dia suka merapu bukan-bukan. Lately, he called me as Pengetua cos he knew I'd apply KPLSPM through my conversation with Pika. (But unlucky me, I didn't get the offer :/) He called Pika as Lawyer cos Pika is sort of talk active person in every second haha. He always lend us his Samsung Galaxy Nexus to inform his customer about Sasbadi i-Learn. Merasa juga pegang handphone boss sendiri weh. Kau hado? Haha XD
Uncle David dan Kak Laila.
Credit to Kak Laila's Galaxy Note.

Sepatutnya aku berhenti hari Rabu. Kak Das pula suruh aku kerja sampai hari sabtu sama dengan Pika sebab tak ada orang nak jaga kaunter. Hari ni, ibu text aku suruh berhenti juga sebab nak buat preparation nak masuk matriks nanti. Maka, aku pun terpaksa berhenti hari ni juga. :( Uncle David saje buat muka sedih sedu sedan dia sebab aku nak berhenti. Dia ada bagi buku MUET untuk aku dengan Pika sebelum kitorang berdua berhenti. Thank you Uncle. Baru aku tahu Uncle memang baik dengan semua staff. Dia sanggup turun padang sekali dengan pekerja dia kemas barang untuk renovation. Salute for his kindness lah.

So, lepas ni tak adalah nak lepak2 gelak2 dengan diorang lagi dah. Le awesome workmates evahhhh I told you. Lepas ni mesti rindu gila - buat sales D.O barang sekolah, print out barcode, packing barang, taking rubber stamp and nametag order, jerit nama Kak Mala dan Kak Das tanya harga kertas berapa. Tak dapat jumpa Mr. ID (aku tak minat dia lagi dahhh), pakcik burung gagak - salesman Terbilang publisher yang gila-gila. Aku panggil dia burung gagak (dia pun panggil aku burung gagak --") sebab dia ada cakap dengan kitorang something yang nonsense, buat aku dan Pika blur kejap sampai kitorang bertiga terdiam, lepas tu dia tetiba kata "Eheh, burung gagak lalu"
Hahahahaha pebenda entah dia. For sure I'll be miss my daily routine back then. I never forget my first working experience at the age of 18 till the end of time.
via Kak Laila's Samsung Galaxy S-II

Korang, budak  lepasan SPM tahun depan (ceh macamlah ada yang baca blog aku ;p) cuba bekerja. Try to get along with community. Meet various type of people who're very differ than you out there. Try to explore the world. Dapat banyak pengalaman, memang best wa cakap lu. Duit poket pun ada, boleh shopping, tak payah nak menyusahkan mak ayah. Setiap bulan, belanja family. Whoah, heaven kot! :DD. Rasa puas gila dapat belanja family hasil dari titik peluh kita sendiri. Alhamdulillah. Working inspires me to study hard and I wish I could do my very best in studies in order to achieve what I really want in my life. Insya Allah.

So now, I'm officially lifeless but super duper busy at the same time :P
*you must be wondering, berapa banyak handphone Kak Laila ada kan? HAHA*

Comments

Popular posts from this blog

Backpacking in Penang 2016 | #4CrackheadsInPenang Day 1

Backpacking in Penang 2016 | #4CrackheadsInPenang Day 2

Backpacking in Penang 2016 | #4CrackheadsInPenang Day 3