30 April 2012

Family day out

#np Starship - Nicki Minaj
 Ayah, Mohd Ali bin Shaharin.

Kita pergi The Mines dengan family kita hari ni. Whoah, dah lama tak pergi sana dengan family. Ibu kita ajak kita pergi Daiso dekat sana tetiba lepas kita cerita dekat dia pasal Daiso tu. Cousin kita ada pergi Daiso IOI, lepas tu gebang dekat kita barang dekat sana cuma RM5 sahaja dan kebanyakannya made in japan. Sebenarnya, mula-mula kita tak dapat cari Daiso tu (padahal ada je ads dekat keliling kita cuma kita tak perasan je lol ;p) Rupa-rupanya, Daiso tu dekat Level 1, landmark nya Pizza San Fransisco dan Optimo. Tersorok sikit rupanya.

Ergh, enough with kita-kita. Hanya Kecik The Bestfriend sahaja yang layak pegang watak ini haha. :DD

Kedai dia macam stail kedai RM2 dekat Malaysia. Memang bestlah wa cakap lu tempat dia, lagi2 yang made in japan memang aku rasa nak rembat lah kan? Cuma korang kalau pergi sana kena pandai pilihlah, ada je barang made in china sebenarnya :3 Berulang kali juga fikir bila nak beli tu, nak beli pensel box tak? Aku belum masuk U lagi. Nak beli casing camera tak? Yang lama boleh pakai lagi. Nak beli casing iPad tak? Aku mana ada iPad. -___- Should I buy this and that and so on? Banyak benda keperluan tu boleh guna lagi dekat rumah akhirnya aku beli sikat yang paling mahal pernah aku beli (cehhh) sebab sikat kat rumah asyik dibawa bermain oleh Ain lalu hilang dari pandangan. Haha.

Lepas pergi Daiso, cari surau, solat asar. Then, dah namanya perempuan, tak sahlah kalau tak cuci-cuci mata kan? Ayah takkan temankan kitorang punyalah. He likes to be at arcade with my bro rather than accompanying us shopping. We entered Adidas, TSC, Kitschen, Nichii, then our next pit stop was (ceh kau ingat ni amazing race ada pit stop bagai) FOS. Haaaaa, I did some 'investment' there. Peace yo! Jalan-jalan lagi, masuk kedai kasut kegemaran, Bata. Entah, jiwa Bata dah mengalir dalam diri walaupun sesetengah design dia macam untuk 30-an dan ke atas. o.O Oleh sebab kaki aku ni besar dan boleh masuk je dengan kasut Bata, sekurang-kurangnya boleh bangga sikit dengan diri ni. 

"Kaki aku tak ada lah besar mana sebenarnya HAHA!!"  *hooray hooray*


....



Padahal... 
*sad song playing*






And then, our next pit stop was,
Voir Gallery. Ibu dengan aku sempat juga lah rembat kasut dekat Crocodile. Haha. Maafkan saya, saiz terpaksa dirahsiakan. Bimbang anda akan gelakkan saya muahahaha. EH TETIBA PULA DIA NI.

I'd purchased some donuts at Big Apple. Balik dari Mines,singgah Tesco nak beli barang dapur. Lepas pergi Tesco, aku belanja family aku makan. Bab belanja family tu memang wajib lah setiap bulan sejak aku kerja ni kan. Bak kata Ustaz Don, sesekali belanjalah keluarga makan, lagi berkat. Amin. 

Oh ye, projek menjahit aku masih belum dirasmikan lagi. Dah lama tak menjahit ni weh, entah apa rupa jahitan aku nanti tak ada siapa yang tahu. Haha.

Adios ambigos!

No comments: