25 January 2012

#18 - RandomTalk

Tarik nafas dalam dalam, hembus.
Pejamkan mata.
#np Yuna - Memo.

I may sound ridiculous. But I have to.
Pura-pura dengan berkata itu gurauan semata-mata, pedulikan hati yang sentap dek kata-kata kau dan berharap segalanya seperti biasa. Kalau aku teruskan drama disebabkan hati yang sentap, apa yang aku dapat? Penonton yang ramai untuk kau mengadu domba?

Mungkin.

Me, the loser one, terpaksa mengalah.
Ego setinggi mana pun, aku pasti kalah jua. Aku cuba sedaya upaya untuk menjaga hati orang sekeliling.  Walaupun ada yang memandang sinis, walaupun ada yang tak boleh menerima kehadiran aku dan berusaha menjauhkan diri, aku masih berdiri teguh dengan sepasang kaki ini walaupun jatuh terjelupuk diketawakan orang. Frankly speaking, I just want to be myself although I don't know who I am, yet.
And yes, hurting someone's heart ain't good at all, dude. We know that. But why people keep on doing it?


Kepada rakan-rakan di luar sana yang masih setia menempuh segala onak-ranjau-duri kehidupan seperti aku,
kata maaf hanya dapat aku lafazkan. Manalah tahu ada insan insan di luar sana yang terasa hati, atau masih menanti permohonan maaf dariku secara terbuka. Aku cuma insan biasa yang masih jauh lagi perjalanannya. Masih merangkak untuk mengejar impian. Paling penting, masih mengira detik sehingga ajalnya tiba pada bila-bila masa.

Ya, bila-bila masa.

Tuan tuan dan puan puan,
Hidup ini singkat sahaja.

p/s : Haih, aku tak suka buat post entri berbaur emo mahupun tangkap leleh jiwang bagai. Percayalah, aku kalah dalam hal hal begini.

No comments: