09 December 2011

Lifeless? -,-

Sepatutnya sebagai lepasan SPM, aku tak terperap lagi dah kat rumah. Sebelum exam aku dah fikir macam-macam nak buat cuti ni. Aku nak ke Bukit Bintang. Aku nak ke toilet Pavi, tangkap gambar upload ke facebook. Tulis caption besar besar, I’M HOWT AND BEAUTIFUL, YOU ADEW? --" *tangan ke dada mata ke atas. Ok tu macam annoying sikit ah haha.

Aku ingin pulang ke kampung, dekat sebulan tak jumpa wan, naik motor keliling kampung sambil menjerit “AKU DAH HABIS SPM WOI!!!” Dan mungkin ada nenek yang akan menyahut begini "DEN DAH HABIH 50 TAHUN LOPEH, KECOH LAH KAU” --"

Tapi tengoklah apa yang jadi. Aku bosan. Aku nak pergi sekolah. Aku nak belajar. Aku nak jumpa kawan-kawan. Aku nak jadi pengawas balik. Aku nak datang roll call. Aku nak jaga junior aku yang nakal-nakal semuanya. Tapi aku tak nak gosok baju sekolah. Heheh :D

Tiada percutian yang hebat dan menggembirakan untuk tahun ni. Ayah sibuk dengan shotput wakil Selangor untuk PDRM. Nak kumpul emas banyak-banyak sebelum usia tuanya menjengah nanti katanya. Ibu pulak sibuk jaga Ain yang semakin lincah lagi bergaya. Adik pulak siang hari main rounders, malam hari main badminton.

Aku? Kau tanya aku buat apa?
Tolong mak aku masak. Replay lagu Without You by David Guetta ft Usher banyak kali. Lagu Ours by Taylor Swift. I like it like that by Hot Challe Rae. Lagu2 kpop, menari dengan Ain. Tengok tv. Jaga Ain. Tengok tv. Jaga Ain. Tengok tv. Jaga ain. Berapa banyak repitisi kau nak tulis hah? Zzzz. Okey, lepas tu online. makan. online. makan. online. makan online jadinya --"

Haih. Untuk sebulan ni memang tak ada macam tak ada life. Bila aku online, dekat news feed mesti ada yang tulis begini,

Aku dah kerja, hehe.


First gaji nanti aku nak pakai braces.


Alhamdulillah, pat gaks kejew akhirnyew. Yeehaa!

Hurm. Nak kerja, takkan untuk sebulan je kot? Lepas ni aku dah nak fly dah. Bye korang. Aku rindu kalian. Aku rindu masakan malaysia selepas ini. Mungkin aku beraya disana, kirim ucapan Aidilfitri di ruangan Salam Perantauan dalam surat khabar Mingguan Malaysia atau Berita Harian. Tengoklah nanti. Ok aku tipu :P
pic coutersy of here. I'll be here someday. Chonggaechon, Seoul, South Korea. Kau bandingkan sungai diorang tengah2 bandar, dgn sungai Klang dan Gombak? Kita mampu?

Aku apply giatmara, kursus Kulinari, Masakan dan Pramusaji. Harap-harap dapatlah. Masak masak ni aku minat juga, tapi masa aku jadi budak sekolah dulu (ceh) aku tak selalu masuk dapur.  Paling terror pernah aku buat Paprik ayam kot? Masa tu camping sehari dengan budak2 pengakap, hidangan itulah yang menyelamatkan muka muka kelaparan. Tapi aku tahulah masak daripada tak tahu langsung. Cuma tak pro macam ibu aku lah. I bet most of us like that, isn’t it? Budak sekarang. Aku fikirkan masa depan, bila kahwin nanti siapa nak masak untuk suami kau? Blah lah weh, result spm pun belum keluar, berangan nak kahwin. Pakwe pun tak ada, berangan je lebih.


Bila aku tak ada benda nak buat, aku makin merindui seseorang. Tapi aku tak harap apa-apa. Sebab aku malas nak berharap. Berhentilah berharap, kata Sheila On 7.

Ok, 2 minggu lagi aku ada JPJ test for my license. Wish me luck.
Dahla, aku nak tengok Cinderella Stepsister.  Nak masuk kuiz bolehla aku fly to Seoul lepas ni.
Jangan rindu aku. :P

No comments: