01 December 2011

Together Forever, We'll Be Dream :)

Aku macam dah lama tak mengarut dekat sini. Biarlah aku merepek meraban kejap sebab lepas ni tak ada benda dapat menghalang aku untuk online. Haha. Believe it or not, on 30th November, SPM is over. Alhamdulillah. 22 kertas , 9 hari, entah berapa jam aku malas nak kira tapi pengalaman bertempur di medan peperiksaan tu saat yg aku takkan lupakan sampai bila-bila. I could see how we survive and struggle all the way before entered Bilik 4, the room that determines our future.


Meet my Bestarian. credit to wan iman.



I'm no longer as a high school student anymore. Tipulah aku kalau aku katakan aku tak hyper-happy (apa punya terms ni --") dan tersenyum macam kerang busuk lepas berjalan keluar dari pagar sekolah. Tipulah aku kalau aku katakan juga aku tak sedih langsung untuk meninggalkan zaman sekolah. SAAS always remain forever in my heart. Proud to be part of them :)

 Ni Diba Ai. Rapat dgn dia masa kem perkhidmatan. Kitorang tak adalah rapat sangat sebenarnya cuma senang gila get-along haha. Kalau dengan dia asyik gelak jelah. Kitorang minat gila fotografi and craving for dslr (masa tu aku tak dapat lagi dslr) Memandangkan kitorang tak mampu masa tu, sanggup kot buat kerja gila dengan menggulungkan poster gambar-siapa-entah sebagai lens kamera. bhahaha. Tak faham? Aku dengan diba je yang paham.
Ignore my horrible look. =.= Geng pengakap yang terhebat, aku rindu kawad dan camping sama2 dengan korang. Ingat seliper=bieber, ingatlah aku. Tapi aku serius tak boleh lupa masa kawad. Johan sekolah, tempat ketiga daerah. Hebat tak, hebat tak? *angguk cepat.


 Ni budak lelaki yang zzzzzzzz dan diorang memang gila. haha.


 Lepas ni dah tak ada gurau senda degan classmates yang super awesome wa cakap lu. Lepas ni juga dah tak boleh makan senyap-senyap masa tengah belajar, sayang koop n kiosk *sorry cikgu. Tak lupa juga cikgu2 yang bersusah payah mendidik kami sehingga hari ini, jasamu dikenang sehingga akhir hayat.
Mungkin lepas ni dah tak ada sesi perbincangan atau mengulas kembali tentang bolasepak Malaysia. Haha pebenda entah --" 
 Ni lah geng kpop kelas aku. Haha! Actually ramai lagi kot.

susah senang kami bersama. Eceh. Banyak konspirasi dalam pengawas tahun ni. Bak kata Cg. Shalizan dalam ucapannya, berbunyi "Saya harap kita semua ingat yang manis-manis sahaja".
K K K --"

 Geng Pengawas Form 5.

Lagi satu, dah tak ada ucapan Terima Kasih Cikgu, Maafkan Kami Cikgu, Doakan Kami Cikgu sebelum cikgu tinggalkan kelas.

Sekarang, tak payah nak suka sangat exam dah habis eh. 3 or 4 months later, the result is out. Aku serahkan urusan ni kepada Allah. Doa menjadi senjata terakhir. Biarkan aku dekat dengan-Nya. Biar Dia tentukan segalanya untuk aku kerana Dia tahu apa yang baik untukku. Sama-sama kita berdoa agar memperoleh keputusan cemerlang seperti yang diharapkan. Amin.


Thanks for the beautiful memories,
SAAS, I HEART YOU
 

2 comments:

apple. said...

You will miss every single thing about highschool T_T

Fizah Mohd Ali said...

Miss them ord. :')