Cerita hari ini

Hari ni aku ada interview Giatmara dekat Prima Saujana. Kursus yang aku pilih, kulinari – Makanan dan Pramusaji. Act, aku saja je test market untuk interview ni. Aku, Aida dan Kecik sampai dekat sana borak2 macam tak ingat dunia maklumlah dekat sebulan tak jumpa –-".  LOL baru sebulan kot. Kalau setahun lagi tak tahulah macam mana haha.
Pukul 9.30, bermulalah interview. Tapi aku rasa macam bukan interview, dia dah belek siap2 borang aku dan terus cerita pasal kursus masakan dekat situ.

Akak : Owkeyy.. ni baru lepas SPM eh?

Aku : Ya ya

Akak : Oh, yuran pendaftaran semuanya RM328.00. Kursus selama 6 bulan. Ni termasuk uniform semasa memasak..macam dekat belakang ni, baju riadah, kursus, apron, dan pisau.

Aku : Ohh…(Erk? What? :O belek2 kertas, teliti tentang yuran tersebut. Selama ni aku ingat kursus tu FREE, okeh?)

        Dapat elaun kan? (Ok serius gopoh gila terus tanya pasal elaun HAHA)

Akak : A’ah. Elaun bulanan RM200. 

Aku : Kalau tak datang macam mana ?

Akak : Kalau tak datang 3 hari tanpa sebab munasabah kita akan potong. Kalau berhenti serta merta tanpa sebab dikenakan RM25000 *sambil senyum2.

Aku : Woww. Boleh saya tengok portfolio nih? *Tebal gila portfolio dia.

Akak : Boleh2. Dekat sini, sambil mengikuti kursus, awak akan buat portfolio. Giatmara akan berikan sijil lepas tamat kursus ni nanti.

Aku : Kalau riadah tu macam mana pula? Waktu bila?

Akak : Setiap pagi kita ada KAWAD

Aku : Oh kawad~

Akak : Betul, kita akan ada KAWAD setiap pagi. *time ni dia macam tekankan pasal KAWAD*

Aku : Haha, macam pengakap pulak. (dalam hati: alah kawad je pun, ada apa hal? Saya menang daerah la kak, HAHAH! :D)

Akak : Emm, ok kalau macam tu nanti kami akan telefon untuk kelayakan masuk giatmara ye.

Aku : Ok ok. Itu je ke kak?

Akak : Tu jee. Kejap je. Haha.

Aku : Ok terima kasih ya. *Terus salam akak tu.

Ok, guess what? Interview pun tak sampai sepuluh minit kot. Lepas kitorang di interview dalam masa yang sama, kitorang pun dah tak tahu nak buat apa. Then, Kecik came with an idea “ Jom lepak Mekdi!” Haha.
Punyalah gigih berjalan nakkan Wi-Fi mekdi tu tau, maklumlah handphone baru memasing muahaha. =,=
We ate our breakfast and lepak-ing while surfing the internet by using the free Wi-Fi available there. Then, suggesting each other what’s the best Android app for our phone. Proudly to announce that kitorang team Samsung sekarang! Muehehehe.
Then around 11, Ehsan datang nak belanja. Ok he’s there with us to meet Aida actually, awww. Haha. Apa pun, janji tetap janji. Sebab aku kena balik awal tadi, dia kena belanja aku lain kali. Aida, kalau jumpa lagi lepas ni jangan lupa ajak Ehsan. *angkat2 kening* Bhahaha



 With Aida.
Kecik shy-shy cat. LOL tak ada maknanya dia nak malu2 bagai ni ahaha.
My ugly duckling horrible look quack quack -,-
:D

Petang pulak ke Puchong, pekena rojak dan mi rebus. Walaweh, banyak kot aku makan hari ini. Today was awesome bcos ibu brought the cutie pie Ain along with us. She really made the entire family full of joyfulness. 

May Allah always blessed her, Amin.
Photos’ were edited using Little Photo App by Android.

Enough for today. So rasa2 nak masuk ke Giatmara tu? Entahlah. Kbai.

Comments

Popular posts from this blog

Backpacking in Penang 2016 | #4CrackheadsInPenang Day 1

Backpacking in Penang 2016 | #4CrackheadsInPenang Day 2

Backpacking in Penang 2016 | #4CrackheadsInPenang Day 3